Monday, May 25, 2015

taddabur


[84:1] Allah – Jalla wa ‘Alā – tidak menciptakan langit ini tanpa tujuan. [21:16; 38:27] Apabila langit yang dahulunya adalah makhluk hebat [40:57] yang ditinggikan sebagai atap yang terpelihara kukuh, [21:32] tanpa tiang yang dapat dilihat, [31:10] tanpa sebarang kecacatan, [50:6] terpelihara daripada menimpa bumi, [22:65] tiba-tiba telah terbelah, pecah-pecah mengeluarkan kabut putih [25:25] dan bertukar menjadi merah mawar bagaikan kilauan minyak. [55:37] Ketika itu langit benar-benar bergoncang. [52:9] Ketika itu ia reput dan runtuh, [69:16] menjadi cair bagaikan luluhan perak. [70:8] Lalu digulung bagaikan gulungan kertas. [21:104]
[84:2] Dan patuh kepada perintah Tuhannya yang telah menetapkan ajalnya [7:185; 13:2; 30:8] dan sudah semestinya ia patuh. Justeru langit sejak permulaan penciptaannya lagi sentiasa akur dan tunduk patuh pada perintah Allah ke atasnya. [41:11]

soalan spatutnya mcmni Cikgu,
seseorang yg telah tahu mangsa telah difitnah ttp mngambil sikap tidak mahu berkata benar dan membiarkn si mangsa menjadi seorang yg bersalah disisi masyarakat."Ini adalah tuduhan yg melampau." (24:1
Buka Surah al-Nur ayat 12. Ayat ini mengajar kita spy tdk termakan fitnah dgn menolaknya, jika tiada bukti yg meyakinkan "Ini adalah kebohongan yg nyata."
Jika ia mendengar orgramai bercerita ttgnya hdklah ia menyuruh mrk tukar topik dan menolaknya dgn membritahu 21:46 


1:7 Tadabbur Bahagian 1
[Iaitu] jalan orang-orang yang Engkau limpahkan nikmat ke atas mereka dari kalangan para nabi, siddiqin, shuhada' dan salihin. [4:69] Jalan para nabi adalah jalan yang sentiasa mengajak manusia mentawhidkan Allah dan mengingkari perbuatan syirik. [4:36] Para nabi tidak bercakap menurut hawa nafsunya tetapi berpandukan wahyu yang diwahyukan kepadanya. [53:3] Para nabi sentiasa istiqamah dan sabar melaksanakan amanah yang diperintah Allah walaupun terpaksa menempuh ujian yang berat. [46:35] Justeru itu sesiapa yang hendak mengikut jalan Nabi - sallalLahu 'alayhi wa sallam - hendaklah memberi tumpuan kepada usaha belajar al-Qur'an, memahaminya, mengamalkannya, mengajarnya, menyebarkannya dan bersabar menempuh jalannya sehingga kembali menemui Allah. [15:99]

[87:2] Dia yang telah mencipta manusia dan menyempurnakan kejadiannya. Dia keluarkan manusia dari perut ibunya dalam keadaan tidak mngetahui apa-apa, lalu Dia jadikan pendengaran, penglihatan dan akal. [16:78] Dia sempurnakan kehidupan manusia dengan manjadikannya berpasangan supaya beroleh kehidupan yang penuh ketenangan, kasih sayang dan belas kasihan. [30:21] Maka menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang yang bersyukur dan bijak berfikir dengan memelihara diri dan keluarga dari api neraka [66:6] dengan menjadikan al-Qur'an sebagai panduan hidup yang dapat membebaskannya daripada zulumat kepada nur [14:1] supaya ia berupaya menjadi pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. [25:74]

[87:3] [Iaitu] Dia yang telah menetapkan setiap sesuatu itu menurut takdirnya. [54:49] Iman dan takwa telah Allah tetapkan sebagai takdir bagi mengundang limpahan barakah dari langit dan bumi. [7:96] Usaha menolong agama Allah telah Allah tetapkan sebagai takdir mengundang pertolongan-Nya dan jalan beroleh keteguhan di atas muka bumi. [47:7] Bahkan perjalanan matahari, bulan dan bintang semuanya menurut takdir dan petunjuk daripada-Nya. [6:96] Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tidak membiarkan manusia teraba-raba memahami takdirnya, lalu Dia membimbingnya dengan menurunkan al-Qur’an [14:1] dan mengutus Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dengan menunjukkan contoh teladan bagi membebaskan manusia daripada ẓulumāt kepada nūr. [65:11] Terpulang kepada manusia untuk memilih, jalan syukur atau kufur. [76:3]

[87:4] Dia yang telah menumbuhkan rumput-rumputan untuk kesenangan kamu dan binatang ternak kamu. [80:31-32] Kamu akan merasa puas hati dengan pandangan yang menarik ketika melihat binatang ternakmu pulang ke kandang kekenyangan dan ketika melepaskannya ke tempat pengembalaan dengan rumput-rumpunya yang segar menanti untuk diragut. [16:6] Bersyukurlah kamu atas segala nikmat kurniaan Allah, dirikanlah salat dan lakukanlah ibadat korban kerana Allah dengan menyembelih binatang ternakmu [108:2] dan keluarkanlah zakat apabila cukup hawl dan nisabnya.

[87:5] Lalu Dia jadikan rumput yang menghijau itu kering kehitam-hitaman apabila tiba musim kemarau. Allah Maha Belas Kasihan kepada makhluk-makhluknya, lalu Dia halau awan yang mengandungi air itu ke bumi yang tandus, lalu dengan air hujan itu Dia suburkan tanam-tanaman untuk makanan manusia dan binatang ternaknya. [32:27] Bersyukurlah kepada Allah dengan nikmat-Nya yang melimpah ruah itu. [16:18]

[87:6] Kami akan membacakan al-Qur’an kepadamu, maka kamu tidak akan lupa. Bagaimana caranya? Apabila Jibrīl membacakan al-Qur’an kepadamu, janganlah kamu gerak-gerakkan lidahmu kerana gopoh hendak menguasainya. Tanggungjawab Kami untuk mengumpulkannya ke dalam dadamu dan membolehkan kamu pandai membacanya. Apabila Jibrīl sudah selesai membacanya, barulah kamu ikuti bacaannya. Tanggungjawab Kami untuk memberikan penjelasan kepadamu. [75:16-19] Ingatlah bahawa alat makrifah yang mula berfungsi dalam penerokaan mencari ilmu ini ialah pendengaran. Gunakanlah telinga sebaik-baiknya dengan teliti mendengar ketika majlis ilmu [7:204] dan jangan timbulkan suasana hiruk pikuk di dalamnya. [41:26]

[87:7] Kecuali Allah menghendaki. Tidak Kami mansuhkan akan suatu ayat atau Kami melupakan akannya, maka Kami datangkan sesuatu yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. [2:106] Apabila Kami gantikan suatu ayat di tempat ayat yang lain, sudah tentu Allah yang lebih mengetahui tentang apa yang Dia turunkan. Golongan yang ingkar itu menuduh yang engkau mengada-adakannya, tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui. [16:101] Janganlah tohmahan mereka itu menyedihkanmu. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan. [36:76] Justeru sebahagian orang ada yang mengaku beriman dilidahnya, tetapi tidak sampai ke dalam hatinya. [5:41]

Ayat al-Qur'an ini tidak boleh sewenang-wenangnya ditukar makna daripada maksud yang hendak Allah beritahu. Jika ada makna "pening" ini dikaitkan sebagai penawar utk pening. Jika ada makna "penglihatan tajam" ini dikaitkan utk memelihara mata spy terang. Jika ada makna "tidak lupa"ini dikaitkan sebagai penawar bagi mengelak nyanyuk. Ini semua adalah perbuatan mengolok-olok ayat Allah. Justeru ia dilakukan tanpa sandaran shar'iy. Ingatlah peringatan Allah [86:13-17]

Doa yang paling afdal diamalkan ialah doa yang diamalkan oleh para nabi dan orang-orang yang salih yang diceritakan di dalam al-Qur'an dan hadith-hadith yang sahih. Justeru kesemua doa yang terdapat di dalam al-Qur'an dan Hadith yang sahih adalah jawami' al-kalim, iaitu kata-kata yang ringkas, tepat, padat dan meliputi kepentingan dunia dan akhirat. Kembalilah kepada al-Qur'an dan al-Sunnah dgn sebenar2nya. Hayatilah pesanan Nabi - sallalLahu 'alayhi wa sallam: خير الحديث كتاب الله وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم - Sebaik-baik bicara ialah KitabulLah - 'Azza wa Jalla - dan sebaik2 petunjuk ialah petunjuk Nabi - sallalLahu 'alayhi wa sallam. Berhijrahlah.

[87:8] Dan Kami sentiasa permudahkan engkau kepada yang mudah. Allah permudahkan Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dalam segala urusannya. Bukankah baginda dalam keadaan yatim piatu, lalu Allah berikan perlindungan. [93:6] Bukankah baginda dalam keadaan kebingungan menghadapi masyarakatnya yang ummīy, lalu Allah kurniakan hidayah. [93:7] Bukankah baginda dalam keadaan miskin, lalu Allah limpahkannya dengan kekayaan, [93:8] iaitu isteri yang salihah, sahabat yang setia [48:29] dan amalan salih yang tidak putus-putus pahalanya. [68:3] Seterusnya Allah permudahkan dengan memudahkan baginda mengumpulkan al-Qur’an ke dalam dada [75:17] dan memahaminya. [75:19] Allah permudahkan usaha baginda mengajak umat kepada Islam kerana baginda membawa agama yang mudah. [22:78] Buat kaum Muslimin juga mereka sedang berada di atas jalan yang mudah dengan al-Qur’an [54:17, 22, 32, 40] yang lengkap perinciannya [41:3] dan mudah difahami dan dihayati dengan mentadabbur ayat-ayatnya. [38:29] Manakala dari segi perlaksanaannya contoh teladannya sudah tersedia, iaitu dengan mengikut jejak Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam [33:21] dan generasi tiga kurun yang terbaik. Pelajarilah al-Qur’an dan amalkannya sebagaimana yang baginda tunjukkan, in sha’alLah jalan ke syurga itu dipermudahkan Allah. Sedikit kesabaran mengharungi karenah hidup pada hakikatnya adalah jalan bagi menempah tempat istirehat yang sebenar-benarnya. [18:31]
اللهم يسر لنا اليسرى، وجنبنا العسرى، واغفر لنا في الآخرة والأولى. 

[87:9] Maka berilah peringatan kerana peringatan itu berguna kepada orang-orang yang beriman. [51:55] Isi peringatan itu ialah segala perintah Allah dan larangan-Nya, janji dan ancaman-Nya yang diterangkan di dalam al-Qur’an. [50:45] Hanya golongan munafik dan orang yang hatinya berpenyakit sahaja tidak sukakan tazkirah. Bahkan mendengar lafaz tazkirah sahaja mereka sudah terkejut bagikan keldai liar yang bertempiaran lari kerana takutkan singa. [74:49-51] Apabila di ajak bertakwa kepada Allah, maka bangkitlah kesombongan dalam diri mereka menyebabkan mereka berbuat dosa. [2:206] Apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Allah mereka tidak menerimanya. Apabila ditunjukkan jalan yang betul mereka menolaknya. Apabila diajak ke jalan yang menyeleweng, mereka bersegera menyahutnya. [7:146] Justeru mereka itu adalah kaum yang tidak beriman kepada Hari Akhirat. [39:45]
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَأَلْهِمْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَأَلْهِمْنَا اجْتِنَابَهُ.

[87:10] Al-Qur’an ini disebut Allah sebagah ahsan al-hadith. Tiada yang dapat mengambil manfaat daripadanya kecuali orang yang hatinya khashyah kepada Allah, [39:23] iaitu orang-orang yang apabila mendengar ayat-ayat Allah, ia tidak berlalu pergi bagaikan orang-orang yang pekak dan buta, [25:73] tetapi gementar hatinya, bertambah imannya dan bertawakkal kepada-Nya, [8:2] lalu bersegera melaksanakan perintah-Nya. [3:133] Lantaran itu seluruh denyut nadinya, akal fikirannya dan anggota tubuhnya sentiasa dihimbau dan digerak dengan semangat berhijrah dan berjihad, berjuang dan berkorban demi meninggikan kalimah-Nya dan membangunkan agama-Nya, [48:28] meneruskan kesinambungan perjuangan Rasulullah – sallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dan para sahabat baginda, Muhajirin dan Ansar serta golongan yang mengikut mereka dengan baik hingga ke Hari Kiamat. [9:100]
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَحْبَابِكَ، فَإنَّكَ إذَا أَحْبَبْتَ عَبْداً غَفَرْتَ ذَنْبَهُ وَإنْ كَانَ عَظِيماً، وَقَبِلْتَ عَمَلَهُ وَإنْ كَانَ يَسِيراً.

[87:11] Orang yang celaka itu akan menjauhi al-Qur’an ini. Setiap kali Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – menyampaikannya mereka mempermain-mainkannya. [21:2] Pelbagai tohmahan mereka lemparkan – sesat dan menyeleweng, [53:2] tukang sihir, [74:24] orang gila, [44:14] tukang tenung, [52:29] dan penyair [52:30] serta pelbagai persendaan lain lagi. [17:90-93] Ingatlah, golongan yang mengingkari al-Qur’an dan tidak mempedulikannya ketika di dunia ini akan ditimpa istidraj. [68:44-45] Harta benda yang mereka kumpulkan dan anak pinak yang mereka banggakan akan menjadi penyebab kepada terseksanya mereka dalam kehidupan dunia ini dan Allah akan pastikan yang nyawa mereka dicabut dalam keadaan mereka adalah ingkar kepada-Nya. [9:55] Kalaulah begini kesudahannya, apalah untungnya dunia yang mereka puja itu?
اللَّهُمَّ اجْعَلِ القُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوبِنَا، وَجَلاءَ هُمُومِنَا وَغُمُومِنَا، وَنُورَ أَبْصَارِنَا.

[87:12] [Iaitu] orang yang akan memasuki api neraka yang besar. Golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah dan menyombongkan diri terhadapnya tidak akan dibukakan bagi mereka pintu langit - doa mereka tidak dimakbulkan dan amalan mereka tidak akan diangkat - dan mereka tidak akan dapat memasuki syurga sehinggalah unta dapat memasuki lubang jarum. [7:40] Balasan buat mereka adalah neraka yang penuh azab. [18:102] Suasana tempatnya dalam keadaan kepanasan, tidak sejuk dan tidak pula menyenangkan, [56:44] angin di dalamnya amat panas dan dipenuhi gumpalan asap yang hitam, [56:42-43] di atasnya lapisan api dan di bawahnya lapisan api, [39:16] tikar dan selimutnya daripada api, [7:41] diguntingkan pakaiannya daripada api, [22:19] disirami air mendidih yang kepanasannya boleh menghancurkan usus dan kulit. [22:19-20] Kulit yang hangus itu digantikan dengan kulit yang baru supaya mereka berterusan merasai seksaan[4:56] Lantaran seksaan yang tidak terperi peritnya, mereka cuba lari daripadanya. Cubaan mereka itu sia-sia dan mereka dikembalikan semula dengan menanggung seksaan yang keras. Lalu dikatakan kepada mereka: "Rasailah sekarang seksaan yang membakar ini." [22:22] Disumbatkan ke dalam perut mreka buah yang berduri [88:6] daripada pohon Zaqqum [56:52] yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan lapar. [88:7] Pohon Zaqqum ini tumbuhnya dari kerak neraka, [37:64] mayangnya bagaikan kepala syaitan. [37:65] Setelah menelan buah Zaqqum yang panas itu, mereka diberi minum air yang mendidih. [56:54] Lantaran dahaganya mereka minum air panas itu bagaikan unta yang kehausan [56:55] sehingga hangus mukanya [18:29] dan terputus ususnya. [47:15] Selain itu mereka diberi minum air nanah penghuni neraka. [14:16-17] Alangkah ngerinya azab neraka yang menanti. Bertawbatlah sebelum terlambat.
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَفِتْنَةِ النَّارِ

[87:13] Keadaan penghuni neraka itu diibaratkan Allah tidak hidup dan tidak mati, tidak hidup kerana tidak pernah merasai nikmat dan an tidak mati kerana sentiasa menanggung azab. Padahal ketika di dunia dahulu mereka adalah golongan yang hidup mewah. [56:45-46] Justeru itu neraka bukanlah tempat rehat yang patut dipilih kerana ia adalah tempat rehat yang seburuk-buruknya. [18:29] Fikir-fikirkanlah.

[87:14] Pasti beroleh kejayaan orang yang membersihkan jiwanya dengan membebaskannya daripada ẓulumāt kepada nūr, [14:1] iaitu daripada ẓulumāt syirik kepada nūr tawhid, daripada ẓulumāt bid‘ah kepada nūr sunnah, daripada ẓulumāt jahiliah kepada nūr hidayah, daripada ẓulumāt buta kepada nūr baṣīrah, daripada ẓulumāt hasad kepada nur ukhuwwah, daripada ẓulumāt perpecahan kepada nur kesatuan. Bagaimanakah cara untuk membersihkan jiwa? Caranya ialah jadikan al-Qur’an ini sebagai perlembagaan hidup, [42:52] iaitu dengan: (1) Mempelajari al-Qur’an. (2) Memahami isi kandungannya. (3) Menghayatinya dalam kehidupan seharian. (4) Mengajar orang lain, khususnya ahli keluarga. (5) Menyebarkannya ke tengah masyarakat, dan (6) Bersabar menghadapi segala ujian dan cobaan kerananya. Apabila kefahaman al-Qur’an yang mengajak manusia kasihkan Allah, mengharapkan rahmat-Nya dan takutkan azab-Nya serta roh mencintai akhirat sudah meresap ke dalam jiwa, maka usaha ke arah perubahan mudah dilakukan [13:11] kerana didokong jiwa yang berani [5:44] dan sanggup berkorban. [47:38]
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ القُرْآنِ، وَارْزُقْنَا حُبَّ القُرْآنِ، وَارْزُقْنَا فهم القرآن، وَارْزُقْنَا نُورَ القرآن، وَارْزُقْنَا بَرَكَةَ القُرْآنِ، وَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا بِالقُرْآنِ، وَبَارِكْ فِي أَرْزَاقِنَا بالقُرْآنِ، وَاحْفَظْ أَعْرَاضَنَا بالقُرْآنِ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ القُرْآنِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُكَ وَخَاصَّتُكَ يَا رَبَّ العَالَمِينَ.

[87:15] Dan ia menyebut-nyebut akan nama Tuhannya, iaitu bgi menyahut perintah Allah “bacalah dengan nama Tuhanmu,” [96:1] “sebutlah nama Tuhanmu” [73:8] dan “lakukanlah tilawah ke atas apa yang diwahyukan,” [29:45] dengan tartil, [73:4] tadabbur, [38:29] ta‘aqqul, [12:2] tafakkur [6:50] dan tadhakkur. [7:3] baik di dalam salat, mahupun di luar salat. Justeru beban dakwah bagi mengembangkan al-Qur’an ini adalah berat. [73:5] Ia menuntut kefahaman dan penghayatan, barulah ia dapat dikerjakan dengan penuh ketekunan, [73:8] istiqamah [41:30] dan berhasil mencegah perbuatan syirik kepada Allah dan sumbang terhadap sesama manusia, [29:45] tidak terpedaya dengan hasutan syaitan yang terus menerus mengajak manusia agar bersangka-sangkaan atas apa yang ia sendiri tidak tahu. [2:169] Ingatlah bahawa prasyarat bagi kejayaan suatu islah, taghyir dan tajdid itu ialah kefahaman al-Qur’an dan roh salat. [7:170]
اللهم اجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه.

[87:16] Bahkan kamu tidak mempedulikan al-Qur’an yang disampaikan oleh Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – [25:30] kerana lebih mengutamakan penguasaan hal-hal yang zahir tentang kehidupan dunia, [30:7] sehingga tergamak membelakangkan Allah dan Rasul-Nya. [49:1] Kesannya, kamu disibukkan dengan hal-hal dunia semata-mata, sehingga melupai pertemuan dengan Allah, merasa puashati dengan kehidupan yang sementara, yakin terjamin masadepan dengan apa yang dimiliki dan menganggap kolot ayat-ayat Allah untuk dijadikan pedoman dan dasar bagi pengurusan kehidupan. [10:7] Inilah yang dinamakan istidraj. [6:44] Sedangkan Allah menyuruh setiap Muslim merancang kehidupannya untuk kesenangan di hari esok yang kekal abadi [59:18] dengan patuh kepada perintah-Nya di dalam al-Qur’an [59:19] dan digerakkan seluruh aktiviti duniawi untuk mencari kesenangan ukhrawi. [28:77] Elakkan diri daripada terpedaya mengejar fatamorgana [24:39] kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara.
اللهم لا تجعل الدنيا أكبر همنا، ولا مبلغ علمنا.

[87:17] Sedangkan kehidupan akhirat itu adalah lebih baik kerana ia adalah kehidupan yang sebenar-benarnya. [29:64] Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya ketika di dunia dan bekerja menyediakan bekalan untuk kehidupan selepas matinya. Justeru itu adalah kehidupan yang lebih lebih kekal dan tempat rehat yang sebenar-benarnya [18:29] dibalasi syurga penuh nikmat. [18:107-108] yang berada di tempat yang tinggi, [69:22; 88:10] seluas petala langit dan bumi, [57:21] di bawahnya mengalir sungai-sungai. [4:122]. Di dalamnya ada pelayan yang muda dan tetap muda, membawa cerek, gelas dan piala yang berisi air [56:18] dari sungai air tawar, susu, arak dan madu. [47:15] Minumannya lazat, tidak mengakibatkan pening dan mabuk. [59:19] Di dalamnya ada buah-buahan beraneka jenis, [56:32] boleh dipilih ikut kegemaran, [56:20] tiada bermusim dan tiada dilarang menikmatinya. [56:33] Rupanya seperti buah-buahan yang ada di dunia, [2:25] tetapi rasanya lebih sedap berbanding yang di dunia. [93:4-5] Penghuninya duduk penuh kerehatan saling berhadap-hadapan [56:16] di atas pelamin bertatahkan emas dan permata [56:15] dengan memakai pakaian sutera hijau yang tebal dan nipis dan dihiasi dengan gelang dari perak. [76:21] Di dalamnya ada bidadari yang cantik jelita, [56:22] perawan [56:36] yang manja lagi sebaya umurnya [56:37] yang diciptakan langsung buat penghuninya. [56:35] Suasana kehidupan di dalamnya dipenuhi ucapan salam, [56:26] tahmid dan tasbih, [7:43; 10:10; 35:34; 39:74-75] tiada di dalamnya kata-kata yang sia-sia, [19:62] dosa [56:25] dan dusta. [78:35] Demikianlah secebis gambaran syurga tempat rehat yang paling baik. [18:31] Ini semua adalah balasan buat golongan muhsinin, [5:85] muttaqin [68:34] dan abrar [82:13] Berusahalah semasa hidup di dunia ini dengan berjuang dan berkorban pada jalan Allah supaya beroleh kesemua nikmat yang dijanjikan ini. [2:214]
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة، ونعوذ بك من سخطك والنار.

Surah Al-Ghaasyiyah - سورة


Bismillah
 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
(Al-Ghaasyiyah 88:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A002
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
(Al-Ghaasyiyah 88:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A003 Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
(Al-Ghaasyiyah 88:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A004 Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
(Al-Ghaasyiyah 88:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A005 Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
(Al-Ghaasyiyah 88:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A006 Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
(Al-Ghaasyiyah 88:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A007 Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
(Al-Ghaasyiyah 88:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A008 (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
(Al-Ghaasyiyah 88:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A009 Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
(Al-Ghaasyiyah 88:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A010 (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A011 Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
(Al-Ghaasyiyah 88:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A012 Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
(Al-Ghaasyiyah 88:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A013 Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A014 Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
(Al-Ghaasyiyah 88:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A015 Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
(Al-Ghaasyiyah 88:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A016 Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
(Al-Ghaasyiyah 88:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A017 (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
(Al-Ghaasyiyah 88:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A018 Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
(Al-Ghaasyiyah 88:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A019 Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A020 Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A021 Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
(Al-Ghaasyiyah 88:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A022 Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
(Al-Ghaasyiyah 88:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A023 Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
(Al-Ghaasyiyah 88:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A024 Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
(Al-Ghaasyiyah 88:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A025 Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
(Al-Ghaasyiyah 88:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A026 Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
(Al-Ghaasyiyah 88:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark











 

Tadabbur surah al haaqah

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001 Saat yang tetap berlaku itu -
(Al-Haaqqah 69:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A002 Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
(Al-Haaqqah 69:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A003 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
(Al-Haaqqah 69:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A004 Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
(Al-Haaqqah 69:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A005 Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
(Al-Haaqqah 69:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A006 Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
(Al-Haaqqah 69:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A007 Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.
(Al-Haaqqah 69:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A008 Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
(Al-Haaqqah 69:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A009 Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.
(Al-Haaqqah 69:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A010 Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
(Al-Haaqqah 69:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A011 Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
(Al-Haaqqah 69:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A012 (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
(Al-Haaqqah 69:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A013 Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -
(Al-Haaqqah 69:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A014 Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -
(Al-Haaqqah 69:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A015 Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -
(Al-Haaqqah 69:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A016 Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
(Al-Haaqqah 69:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A017 Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
(Al-Haaqqah 69:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A018 Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
(Al-Haaqqah 69:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A019 Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
(Al-Haaqqah 69:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A020 "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
(Al-Haaqqah 69:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A021 Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
(Al-Haaqqah 69:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A022 Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -
(Al-Haaqqah 69:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A023 Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
(Al-Haaqqah 69:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A024 (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
(Al-Haaqqah 69:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A025 Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -
(Al-Haaqqah 69:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A026 "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
(Al-Haaqqah 69:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A027 "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -
(Al-Haaqqah 69:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A028 "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -
(Al-Haaqqah 69:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A029 Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".
(Al-Haaqqah 69:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A030 (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -
(Al-Haaqqah 69:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A031 "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -
(Al-Haaqqah 69:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A032 "Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
(Al-Haaqqah 69:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A033 "Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
(Al-Haaqqah 69:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A034 "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
(Al-Haaqqah 69:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A035 "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
(Al-Haaqqah 69:35) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A036 "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
(Al-Haaqqah 69:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A037 "Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
(Al-Haaqqah 69:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A038 Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -
(Al-Haaqqah 69:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A039 Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
(Al-Haaqqah 69:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A040 Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
(Al-Haaqqah 69:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A041 Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
(Al-Haaqqah 69:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A042 Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
(Al-Haaqqah 69:42) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A043 (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
(Al-Haaqqah 69:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A044 Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
(Al-Haaqqah 69:44) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A045 Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
(Al-Haaqqah 69:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A046 Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);
(Al-Haaqqah 69:46) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A047 Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
(Al-Haaqqah 69:47) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A048 Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Haaqqah 69:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A049 Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
(Al-Haaqqah 69:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A050 Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
(Al-Haaqqah 69:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A051 Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).
(Al-Haaqqah 69:51) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
A052 Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
(Al-Haaqqah 69:52) | <
 TADABBUR
 A003
 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
 A016
 Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!" (Az-Zumar 39:16

A041 Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).
(Al-A'raaf 7:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 A019 Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak,
(Al-Hajj 22:19) | <
 A020 Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.
(Al-Hajj 22:20)
 A056 Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:56) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 A052 Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
(Al-Waaqi'ah 56:52) |
 A053 "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
(Al-Waaqi'ah 56:53) |

 A064 Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
(As-Saaffaat 37:64) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A065 Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
(As-Saaffaat 37:65)

A054 "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
(Al-Waaqi'ah 56:54) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A055 "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
(Al-Waaqi'ah 56:55)

A016 Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).
(Ibrahim 14:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A017 Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.
(Ibrahim 14:17) |
 A028 Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
(Al-Muddaththir 74:28) |
 A013 Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
(Al-A'laa 87:13) |