Sunday, May 24, 2015

tafsir Surah Al Tariq



Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Demi langit dan "At-Taariq"; -
(At-Taariq 86:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A002 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? -
(At-Taariq 86:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003 (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);
(At-Taariq 86:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A004 Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).
(At-Taariq 86:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A005 (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
(At-Taariq 86:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A006 Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -
(At-Taariq 86:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A007 Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
(At-Taariq 86:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A008 Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),
(At-Taariq 86:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A009 Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),
(At-Taariq 86:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A010 Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).
(At-Taariq 86:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A011 Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,
(At-Taariq 86:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A012 Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,
(At-Taariq 86:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A013 Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),
(At-Taariq 86:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A014 Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.
(At-Taariq 86:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A015 Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,
(At-Taariq 86:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A016 Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).
(At-Taariq 86:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A017 Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
(At-Taariq 86:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark




Kesimpulan ayat 1
وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ ١
Demi langit dan apa yang muncul pada malam hari.
[86:1] Demi langit, makhluk hebat tersergam kukuh berbanding manusia kerdil yang bernaung di bawahnya. [40:57] Bukankah kamu dapat perhatikan dengan mata kepala kamu sendiri berulang-ulang kali “Apakah terdapat kecacatan padanya?” [67:3-4] Langit dan bumi ini dahulunya adalah satu, lalu Allah pisahkannya, [21:30] kemudian langit dan binaannya itu [91:5] dibina oleh Allah dengan tangan-Nya [51:47] sesudah Dia menciptakan bumi. [2:29] Ketika itu langit masih lagi berupa asap. [41:11] Kemudian Dia tinggikan langit itu tanpa tiang yang kelihatan, [13:2] Dia menahan langit dan apa sahaja yang ada di atasnya daripada jatuh ke bumi kecuali dengan izin-Nya, [22:65] Dia jadikannya berlapis-lapis [67:2] dalam bentuk bumbungan yang terpelihara kukuh. [21:32] Maha Suci Allah. Langit yang hebat itu ditundukkan Allah buat manusia yang kerdil ini. [45:13] Milik Allah segala pujian itu. Dialah Tuhan yang mencipta dan memerintah petala langit dan bumi. Dialah yang mencipta dan memerintah bagi sekalian alam. Milik-Nya keagungan di petala langit dan bumi. Dialah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [45:36-37] Langit yang tersergam itu dihiasi dengan ciptaan-Nya yang muncul pada waktu malam. Itulah tanda kekuasaan-Nya mencipta dan mengatur langit dan menghiasi malam yang gelap gulita menjadi terang bercahaya. Allah memulai surah ini dengan bersumpah menerusi dua ciptaan-Nya yang hebat ini supaya dapat diambil pelajaran. [56:75-76] SubhānalLāh.
اللَّهُمَّ نَوِّرْ قُلُوبَنَا بِالإيمَانِ يَا رَبَّ العَالَمِينَ.


Kesimpulan ayat 2
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ ٢
Dan tahukah engkau apakah ciptaan yang muncul pada malam hari itu?
[86:2] Dan tahukah engkau apakah ciptaan yang muncul pada malam hari itu? Milik Allah ciptaan-Nya, baik yang berada pada waktu malam atau siang. [6:13] Dialah Pencipta dan Pemelihara bagi segala sesuatu [39:62] lagi Maha Mengetahui. [42:12] Apabila Allah bertanya “wa mā adrāka,” maka Allah sendiri yang akan memberikan jawapannya. Dalam al-Qur’an ada 13 tempat menggunakan pertanyaan sebegini, [69:3; 74:27-28; 77:14; 82:17-19; 83:8-9; 90:12-13; 97:2-3] kesemua Allah berikan jawapannya kecuali satu. [69:3] Ciptaan Allah yang muncul pada waktu malam itu memang mudah dilihat menghiasi langit yang gelap gulita dengan cahayanya yang terang bersinar. [37:6] Semua orang mengenalinya sebagai bintang. Bahkan Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – juga tahu bahawa itu adalah bintang. Namun begitu pengetahuan mendalam tentangnya tidaklah diketahui kecuali menurut keterangan yang Allah sendiri beritahu. Bulan dan bintang yang muncul di malam hari itu semuanya tunduk di bawah perintah Allah. [16:12] Tanda malam itu ialah gelap gulita dan tanda siang itu ialah terang benderang. [17:12] Malam dan siang yang berselisih berganti itu menjadi pengajaran bagi orang yang mahu mengambil pelajaran dan tahu bersyukur. [25:62] Bertasbihlah dengan memuji Allah dan bangunlah pada waktu malam dengan melakukan ibadat demi mencari keredaan-Nya. [52:49]
اللهم ارزقنا خشيتك في الغيب والشهادة يا رب العالمين.


Kesimpulan Ayat 3
ٱلنَّجۡمُ ٱلثَّاقِبُ ٣
Ia adalah bintang-bintang yang cahayanya menembus.
[86:3] Ciptaan yang muncul pada waktu malam itu adalah bintang-bintang yang menghiasi langit dunia. [37:6] Ia adalah bintang-bintang yang cahayanya menembus. Kata ‘Ikrimah bin Abī Jahl:
هُوَ مُضِيءٌ وَمُحْرِقٌ لِلشَّيْطَانِ.
Ia adalah bintang-bintang yang bercahaya terang dan membakar syaitan.
Fungsi bintang-bintang itu adalah bagi mengawal langit daripada dicerobohi syaitan, [67:5] makhluk yang sangat derhaka. [37:7] Ia tidak putus-putus cuba mencuri dengar pembicaraan para malaikat di langit, lalu ia dilempar dari setiap sudut [37:8] bagi mengusir mereka. [37:9] Jika mereka terus mencuba juga maka mereka akan dikejar dengan suluh api yang terang lagi membakar. [37:10] Jin sendiri memberitahu sebagaimana yang diceritakan oleh Allah: “Dan sesungguhnya jin juga menyangka sebagaimana persangkaan penduduk Makkah, bahawa Allah sekali-kali tidak akan membangkitkan seorang rasul pun. Jin cuba hendak mencuri dengar rahsia langit, maka mereka mendapati penjagaannya sangat ketat dan dipenuhi panah-panah api. [72:8] Dahulunya sebelum pengutusan Nabi Muhammad – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – jin dapat menduduki beberapa tempat di langit. Tetapi sekarang mana-mana yang cuba mencuri dengar, ia akan temui panah api yang mengintai hendak membakarnya. [72:7-9] Selain sebagai perejam syaitan, fungsi lain bintang ialah sebagai pedoman dalam perjalanan, baik di daratan mahupun lautan. [6:97] Satu lagi fungsi bintang adalah sebagai maṣābīh bagi menerangi bumi. [67:5] Kesemua yang Allah ciptakan terpelihara di bawah jagaan sistemnya yang rapi dan tidak sia-sia. [38:27]
اللّهمّ علّمنا من القرآن ما جهلنا، وذكّرنا من القرآن ما نُسّينا.
Baharuddin Ayudin, [20.04.15 17:16]
Pada ayat lepas Allah menceritakan Dia memelihara langit dengan rapi


Kesimpulan ayat 4
إِن كُلُّ نَفۡسٖ لَّمَّا عَلَيۡهَا حَافِظٞ ٤
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan manusia atau perbuatan yang dilakukannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa siap sedia (menerima dan menulisnya). [50:18] Ia menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, Ia adalah makhluk yang mulia di sisi Allah, lagi mengetahui apa yang kamu lakukan. [82:10-12] Ia bukan sahaja mencatit, tetapi juga menjadi pengawal yang menjadi penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dari sesuatu bahaya dengan perintah Allah. [13:11] Demikian juga berkembang biaknya manusia itu dalam keadaan benihnya dipelihara kukuh ketika berada di dalam rahim. [23:13] Allah mengutus rasul malakiy, Jibril - ‘alayh al-salam – menurunkan al-Qur’an ke atas rasul bashariy, Muhammad – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – untuk menyampaikan peringatan [26:192-195] bagi membebaskan manusia daripada zulumat kepada nur dengan izin daripada Allah. [14:1] Sesiapa yang beriman dan beramal salih, maka ia dicatit sebagai golongan abrar. [82:13] Manakala yang ingkar pula dicatit sebagai golongan fujjar. [82:14] Golongan abrar, iaitu sentiasa tetap di atas jalan yang lurus disayangi Allah dan para malaikat dan disampaikan bisharah ketika hampir ajalnya. [41:30]
اللهم اجعلني من المتقين.


kesimpulan ayat 5
فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ ٥
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
[86:5] Apakah manusia sedar bahawa ia sedang bernaung di bawah langit yang tersergam hebat? Ia diurus dan dikawal dalam sistem yang cukup rapi? [27:88] Allah – Jalla wa ‘Ala – tidak ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya sia-sia. [38:27] Langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya itu diciptakan untuk faedah siapa? Ya, Allah ciptakannya untuk faedah manusia. [45:13] Justeru manusia ini dipilih Allah sebagai khalifah di muka bumi. [2:30] Selaku pemikul amanah sebagai khalifah Allah bekalkan manusia dengan pelbagai kemudahan bagi melaksanakan fungsinya. Ini semua adalah ujian. [6:165] Tiada suatu yang menusia lakukan melainkan kesemuanya akan diawasi dan diperhatikan. [10:14] Apakah manusia sedar bahawa ia sedang diawasi dan diingkari? Siapa yang ingkar, maka keingkaran itu balik kepada dirinya sendiri dan sudah ia merugikan dirinya sendiri. [35:39] Sesungguhnya manusia adalah makhluk kerdil yang menumpang di alam yang luas ciptaan Allah ini. [40:57] Apalah hebatnya manusia. Langit yang luas itu boleh Allah kawal, apakah Allah tidak mampu mengawasi dan memperhatikan manusia yang kerdil ini? Dari apa manusia ini diciptakan? Patutkah manusia ini gopoh dan gelojoh benar mengejar dunia? [17:11] Patutkah manusia menjadi makhluk yang keras kepala lagi ingkar? [17:67] Patutkah manusia menjadi terlalu berkira untuk menyumbang pada jalan Allah? [17:100] Patutkah manusia membantah apa sahaja perintah Allah? [18:54]


Holy Quran 86:7
------------------
يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ


Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang tarā’ib perempuan.

Asal kejadian manusia adalah dari tanah [86:5]


Holy Quran 86:5
------------------
فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

Keturunan manusia itu pula bermula dari benih lelaki. [86:6]

Holy Quran 86:6
------------------
خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

Baharuddin Ayudin, [28.04.15 17:32]
Benih yang memancut dari tulang sulbi lelaki itu tiada guna jika tidak dipersenyawakan dengan benih perempuan [86:7]


Holy Quran 86:7
------------------
يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.


Persenyawaan ini tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kecuali melalui suatu proses yang sah, iaitu ikatan perkahwinan.
Setakat ini pakai dulu istilah tara'ib

Cuba lihat 49:13 Holy Quran 49:13
------------------
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Apakah antara sifat orang yang bertakwa?

Holy Quran 23:5
------------------
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

  • Apakah persediaan jika hendak berkahwin?
  • Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:
اتقوا الله في النساء فإنكم أخذتموهن بأمانة الله، واستحللتم فروجهن بكلمة الله تعالى.
Bertakwalah kamu kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita, kerana sesungguhnya kamu semua telah mengambil mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan perintah daripada Allah.

  • Siapa yang paling patut bersedia di sini?
Lihat: [4:34] Holy Quran 4:34
------------------
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

  • Ke mana lelaki hendak pimpin kaum wanita?
Holy Quran 66:6
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

  • Apakah rujukan yang patut dijadikan panduan dalam mengatur urusan rumahtangga? Al-Qur'an. Bagaimana caranya hendak memahami al-Qur'an?
Lihat [33:21]
Holy Quran 33:21
------------------
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

  • Ingat: Al-Qur'an adalah rujukan. Al-Sunnah adalah huraian. Apakah agenda harian yang patut diajar kepada isteri dan anak-anak? Lihat [29:45]


Holy Quran 29:45
------------------
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

  • Lihat perintah dlam ayat ini: Setiap ibadat itu mestilah bermula dengan faham (Baca dan faham al-Qur'an). Kemudian dirikan salat. Justeru salat yang lakukan dengan roh kefahaman itulah yang boleh mencegah perbuatan sumbang dan syirik.
  • Setiap suami hendaklah sentiasa mendoakan apa? 25:74 1
  • 1. Dapat menjadi pemimpin kepada pengikut yang bertakwa [25:74]

Holy Quran 25:74
------------------
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

  • 2. Zuriat yang baik [3:38]
Holy Quran 3:38
------------------
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

  • 3. Keturunan yang mendirikan salat [14:40]
Holy Quran 14:40
------------------
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

  • Bayangkan jika sesebuah perkahwinan itu tidak didasari jalan mencari keredaan Allah, benih yang dipersenyawakan di dalam rahim wanita itu jika dilahirkan ke dunia ini menjadi bergunakah?
Baca 39:15-16
Holy Quran 39:15
------------------
فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

"(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)". Katakanlah lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata."

Holy Quran 39:16
------------------
لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ

Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"

  • Inilah apa yang hendak dibimbing oleh ayat [86:7] Setuju atau tidak? Kita sambung ayat [86:8] yang akan menceritakan tentang kehidupan selepas mati. Baca dan fikirkan. Kita akan bertemu semula Isnin minggu hadapan. Esok saya berkursus. Harap maaf atas gangguan ini.

Holy Quran 86:7
------------------
يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
Benih yang memancut dari tulang sulbi lelaki itu tiada guna jika tidak dipersenyawakan dengan benih perempuan [86:7]
Persenyawaan ini tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kecuali melalui suatu proses yang sah, iaitu ikatan perkahwinan.
Apakah persediaan jika hendak berkahwin?
Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:
اتقوا الله في النساء فإنكم أخذتموهن بأمانة الله، واستحللتم فروجهن بكلمة الله تعالى.
Bertakwalah kamu kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita, kerana sesungguhnya kamu semua telah mengambil mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan perintah daripada Allah.
Siapa yang paling patut bersedia di sini?
Lihat: [4:34]
Ke mana lelaki hendak pimpin kaum wanita?
Lihat [66:6]
Apakah rujukan yang patut dijadikan panduan dalam mengatur urusan rumahtangga?
Al-Qur'an. Bagaimana caranya hendak memahami al-Qur'an?
Lihat [33:21]
Ingat: Al-Qur'an adalah rujukan. Al-Sunnah adalah huraian
Apakah agenda harian yang patut diajar kepada isteri dan anak-anak?
Lihat [29:45]
Lihat perintah dlam ayat ini: Setiap ibadat itu mestilah bermula dengan faham (Baca dan faham al-Qur'an). Kemudian dirikan salat. Justeru salat yang lakukan dengan roh kefahaman itulah yang boleh mencegah perbuatan sumbang dan syirik.
Setiap suami hendaklah sentiasa mendoakan apa?
1. Dapat menjadi pemimpin kepada pengikut yang bertakwa [25:74]
2. Zuriat yang baik [3:38]
3. Keturunan yang mendirikan salat [14:40]
Bayangkan jika sesebuah perkahwinan itu tidak didasari jalan mencari keredaan Allah, benih yang dipersenyawakan di dalam rahim wanita itu jika dilahirkan ke dunia ini menjadi bergunakah?
Baca 39:15-16
Inilah apa yang hendak dibimbing oleh ayat [86:7] Setuju atau tidak?
Kesimpulan ayat 8.
Holy Quran 86:8

إِنَّهُ عَلَىٰ رَجْعِهِ لَقَادِر


  • Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),
  • Apakah manusia percaya tentang kehidupan selepas mati?
  • Percaya dimulut tetapi tidak terjelma dalam bentuk tindakan. [23:115]


Holy Quran 23:115
------------------
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ


"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

  • Kalau manusia percaya bahawa adanya kehidupan selepas mati, kenapa mereka menjadi orang yang tidak mengambil peduli KitabulLah dan membangkang segala keterangannya?

47:8-9 Holy Quran 47:8
------------------
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ


Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.


Holy Quran 47:9
------------------
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ


Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

  • Apakah yang patut kita lakukan jika kita yakin akan kembali kepada Allah? Pernah terbaca kalimah al-baqiyat al-salihat? Cuba lihat 18:46

Holy Quran 18:46
------------------
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

  • Harta benda dan anak pinak hanyalah perhiasan dunia, tetapi al-baqiyat al-salihat adalah lebih baik pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46]
lihat 19:76 Holy Quran 19:76
------------------
وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى ۗ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَرَدًّا


Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

  • 👍 Apakah amalan salih yang kekal itu?
1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak salih yang mendoakannya

  • Apakah sedekah jariyah yang paling baik buat masa sekarang? 👍 CR. Bagaimana nak ajar al-Qur'an? Hendak ajar dimana? Bagaimana kita boleh mengajarnya secara teratur, bersistem dan dapat dikuti oleh ramai orang? Pada saya, kita kena buka sekolah. Baru usaha mengembangkan  al-Qur'an ini lebih serius.
  • sahabat dulu terima tarbiah al quran dan berkembang..ada tempat untuk belajar secara serius..dan lahirkan generasi al quran..
  • Barulah infaq fi sabilillah ini terfokus tujuannya. Sedekah jariyah berjalan. Ilmu yang bermanfaat digunakan. Anak-anak yang salih dapat dikembangkan.
  • Tugas kita adalah seperti yang disebutkan dlm ayat 3:79, iaitu bagi melahirkan golongan rabbaniy.

Holy Quran 3:79
------------------
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

  • Jangan bersangka buruk dengan al-Qur'an. Ia adalah sebuah kitab yang dijamin mudah. Lihat 54:17
Holy Quran 54:17
------------------
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Lihat lagi: 54:22
Holy Quran 54:22
------------------
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Lihat lagi: 54:32 Holy Quran 54:32
------------------
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Lihat lagi: 54:40 Holy Quran 54:40
------------------
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
 

Oleh itu marilah kita habiskan sisa umur yang masih ada bagi membanyakkan usaha meninggalkan al-baqiyat al-salihat di dunia ini kerana ia adalah lebih besar pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46] serta lebih baik kesudahannya. [19:76]

Holy Quran 18:46
------------------
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Holy Quran 18:76
------------------
قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي ۖ قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَدُنِّي عُذْرًا

Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

Holy Quran 19:76
------------------
وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى ۗ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَرَدًّا

Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

  • Tajwid adalah pintu mula utk meneroka ilmu al- Qur'an. Kemahirannya perlu diprtingkatkan dari semasa ke semasa. Apabila dikendalikan dgn niat yg ikhlas demi meninggikan kalimah Allah, maka ia termasuk dlm al-baqiyat al-salihat, in sha'alLah.
  • إِنَّهُ عَلَىٰ رَجْعِهِ لَقَادِرٌ Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati)
  • Manusia percaya tentang kehidupan selepas mati di mulut tetapi tidak terjelma dalam bentuk tindakan. [23:115]
  • Kenapa mereka menjadi orang yang tidak mengambil peduli KitabulLah dan membangkang segala keterangannya setelah percaya bahawa adanya kehidupan selepas mati? [47:8-9]
  • Jika kita yakin akan kembali kepada Allah, maka ketahuilah harta benda dan anak pinak hanyalah perhiasan dunia, tetapi al-baqiyat as-salihat adalah lebih baik pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46]
  • As-salihat faedah-faedahnya kekal di sisi Allah apabila seseorang itu meninggal dunia. [19:76]
  • Amalan-amalan salih itu adalah sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak salih yang mendoakannya.
  • Mengajar al-Qur'an ialah sedekah jariyah yang terbaik buat masa sekarang, secara teratur, bersistem dan dapat diikuti oleh ramai orang dengan salah satunya membuka sekolah untuk usaha mengembangkan al-Qur'an dengan lebih serius. Lalu infaq fi sabililLah ini terfokus tujuannya. Sedekah jariyah berjalan. Ilmu yang bermanfaat digunakan. Anak-anak yang salih dapat dikembangkang.
  • Tugas kita untuk melahirkan golongan rabbaniy (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna) [3:79]
  • Jangan risau dan bersangka buruk dengan al-Qur'an. Ia adalah sebuah kitab yang dijamin mudah. [54:17, 22, 32,40]
  • Oleh itu marilah kita habiskan sisa umur yang masih ada bagi membanyakkan usaha meninggalkan al-baqiyat as-salihat di dunia ini kerana ia adalah lebih besar pahalanya dan lebih patut untuk diletakkan harapan [18:46] serta lebih baik kesudahannya. [19:76]
  • 'Tugas kita untuk melahirkan golongan Rabbaniy ( yang hanya mengabdikan diri kepada Allah Ta'al dengan ilmu dan amal yang sempurna) perkataan sembah mngkin lbih sesuai di gnti dgn prkataan mengabdikan diri..w'alam
  • Membuka sekolah bagi maksud mengembang dan mengajar al-Qur'an secara teratur, bersistem dan dapat diikuti oleh ramai orang adalah sedekah jariyah yang terbaik buat masa sekarang kerana ia mendokong usaha dakwah dan tarbiyah secara lebih serius. Lalu infaq fi sabililLah ini terfokus tujuannya, galakan melakukan sedekah jariyah dapat berjalan. Manakala ilmu yang bermanfaat boleh disumbangkan. Seterusnya usaha melahirkan anak-anak yang salih lebih menampakkan keberhasilannya. (Cadangan saya utk diperkemaskan perenggan "Mengajar al-Qur'an ialah ...)

kesimpulan ayat 9.

Cuba lihat 86:9 Holy Quran 86:9
------------------
يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ

  • Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya), 
  • Pada hari itu semua manusia dibangkitkan semula dari kubur dan dihisab segala amalannya. [2:281]

Holy Quran 2:281
------------------
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

  • Masing-masing akan diserahkah kitab catitan amalannya dan akan didedahkan segala apa yang tersembunyi selama ini. [18:49]
Holy Quran 18:49
------------------
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

  • Pada hari itu ada orang yang wajahnya hitam legam. [3:106]
Holy Quran 3:106
------------------
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

  • Ada juga orang yang mukanya berseri-seri pada hari itu. [3:107]
Holy Quran 3:107
------------------
وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللَّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.

  • Siapakah yang mukanya hitam legam pada hari itu?
  • Kata Ibn 'Abbas:
أَهْلِ البِدْعَة وَالْفُرْقَة Ahli bid'ah dan furqah. ahli bidaah - mrk yang mengubah rupa agama tu...
  • Siapakah ahli bid'ah dan furqah. Kata al-Hasan al-Basriy:
هُمُ الْمُنَافِقُونَ Mereka itu adalah golongan munafik.

  • Tidak mempedulikan al-Qur'an [3:103]
Holy Quran 3:103
------------------
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


  • Allah perintahkan supaya berpegang teguh dengan al-Qur'an wa la tatafarraqu.
  • Apakah kewajipan kita terhadap al-Qur'an?
Kewajipan kita terhadap al-Qur'an:
1. Baca
2. Faham
3. Amal
4. Ajar
5. Sebar
6. Sabar
  • Jika kita tidak buat tindakan pada 6 kewajipan di atas, apakah kita khuatir termasuk dalam golongan munafik? 2:8

Holy Quran 2:8
------------------
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

4:145 Holy Quran 4:145
------------------
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Kecuali mrk bertawbat [4:146] Holy Quran 4:146
------------------
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
  • Apabila seseorang itu bertawbat, maka hendaklah ia buat tindakan berikut:
1. Islah (belajar dan faham al-Qur'an)
2. Berpegang teguh kpd ajaran al-Qur'an (Amal, ajar)
3. Mengikhlaskan ketaatan kpd Allah (Sebar dan sabar)
Barulah layak masuk dalam kelompok orang-orang yang beriman.

  • Orang-orang yang beriman itulah yang berseri2 wajahnya. Kata Ibn 'Abbas:
  • أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ Orang yang mengikut Sunnah Nabi dan jamaah para sahabat dan tabi'in serta orang yang mengikut mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat
  • Inilah amalan yang akan kita bawa. Pada hari itu tiada berguna lagi harta benda dan anak pinak. 

[26:87-89] Holy Quran 26:87
وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُون

"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -


Holy Quran 26:88
------------------
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,


Holy Quran 26:89
------------------
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
  • Ambil pedulilah al-Qur'an. Jangan abaikannya. Harta benda dan anak pinak yang dimegahkan di dunia ini kelak akan menjadi azab pada Hari Kiamat jika tidak digunakan pada jalan Allah. [9:55-57]

Holy Quran 9:55
------------------
فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).


Holy Quran 9:56
------------------
وَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنَّهُمْ لَمِنْكُمْ وَمَا هُمْ مِنْكُمْ وَلَٰكِنَّهُمْ قَوْمٌ يَفْرَقُونَ

Dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum yang pengecut.


Holy Quran 9:57
------------------
لَوْ يَجِدُونَ مَلْجَأً أَوْ مَغَارَاتٍ أَوْ مُدَّخَلًا لَوَلَّوْا إِلَيْهِ وَهُمْ يَجْمَحُونَ

Kalau mereka dapat tempat perlindungan, atau gua-gua, atau lubang-lubang dalam tanah, nescaya mereka segera menuju ke arahnya serta melompat masuk ke dalamnya.
  • Itulah kesudahan ahl al-bid'ah wa al-furqah
  • Bangunlah wahai saudara2ku dari tidur yang lena [74:1-2]

Holy Quran 74:1
------------------
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

Wahai orang yang berselimut!


Holy Quran 74:2
------------------
قُمْ فَأَنْذِرْ

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Jadilah kamu AnsaralLah. [61:4]


Holy Quran 61:4
------------------
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.


Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya. [47:7]

Holy Quran 47:7
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.


61:14

Holy Quran 61:14
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

  • Kesimpulan: Bagaimana hendak memberatkan timbangan amalan dengan menolong agama Allah? Berilah perhatian yang serius kepada al-Qur'an, iaitu:
1. Baca
2. Faham
3. Amal
4. Ajar
5. Sebar
6. Sabar

kesimpulan ayat 10.

Holy Quran 86:10
------------------
فَمَا لَهُ مِنْ قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

  • Bilakah pada saat itu? Di Padang mashar
  • Kenapa ketika itu manusia tiada kekuatan untuk membela diri?

36:65
Holy Quran 36:65
------------------
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.


Bolehkah harta yang banyak dan anak-anak yang ramai membantunya?

Holy Quran 26:88
------------------
  • يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

43:67 Holy Quran 43:67
------------------
الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
  • Bolehkan pada hari itu diadakan perundingan dan tawar menawar? Tidak ada tawar menawar

3:91 Holy Quran 3:91
------------------
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الْأَرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَىٰ بِهِ ۗ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. JUZUK KEEMPAT

  • Mahukan kita memilih untuk diserahkan catitan amalan di sebelah kiri?

[69:25-32] Holy Quran 69:25
------------------
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَه

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -


Holy Quran 69:26
------------------
وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.


Holy Quran 69:27
------------------
يَا لَيْتَهَا كَانَتِ الْقَاضِيَةَ

"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -


Holy Quran 69:28
------------------
مَا أَغْنَىٰ عَنِّي مَالِيَهْ ۜ "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -


Holy Quran 69:29
------------------
هَلَكَ عَنِّي سُلْطَانِيَهْ Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".


Holy Quran 69:30
------------------
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ

(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

Holy Quran 69:31
------------------
ثُمَّ الْجَحِيمَ صَلُّوهُ "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -


Holy Quran 69:32
------------------
ثُمَّ فِي سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًا فَاسْلُكُوهُ

"Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
  • Setelah diikat dan dibelenggu, orang yang berdosa itu diseret ke neraka? Apakah soalan yang ditanya oleh malaikat penjaganya? Apa yg engkau usahakan di dunia dahulu?

39:71 Holy Quran 39:71
------------------
وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۚ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

  • Inilah pertanyaan yang manusia terpaksa akur dengan penuh penyesalan:
  • Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?
  • Justeru ketika di dunia dahulukan mereka tidak acuhkan al-Qur'an [25:30]
Holy Quran 25:30
------------------
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

  • Ketika di dunia ini mereka tidak mengikut al-Qur'an sepenuhnya [15:90-91]
Holy Quran 15:90
------------------
كَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى الْمُقْتَسِمِينَ

(Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -


Holy Quran 15:91
------------------
الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ

(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
  • Ketika di dunia dahulu mereka sibuk dengan ilmu dunia [10:7]

Holy Quran 10:7
------------------
إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -


10:8 Holy Quran 10:8
------------------
أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.


أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ (مسلم)

  • Kata Abu Umamah Bahiliy: Aku mendengar Rasulullah - sallalLahu 'alayhi wa sallam - bersabda: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pendokongnya. (Riwayat Muslim)
  • Soalan: Maksud "Bacalah"Maksud baca ialah recite, understand and practice
  • Pendokongnya ialah orang yang membaca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar. Oleh itu ketika di dunia ini ia tidak berpeluk tubuh dan bertindak memajukan masyarakatnya. Jika ia hanya banyak bercakap tetapi tidak bertindak apa-apa, renungilah ancaman ini. [69:33-37]

Holy Quran 69:33
------------------
إِنَّهُ كَانَ لَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

"Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,

Holy Quran 69:34
------------------
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

"Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.


Holy Quran 69:35
------------------
فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ هَاهُنَا حَمِيمٌ

"Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -


Holy Quran 69:36
------------------
وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِينٍ

"Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,


Holy Quran 69:37
------------------
لَا يَأْكُلُهُ إِلَّا الْخَاطِئُونَ

"Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".

اللهم انفعنا وارفعنا بالقرآن الكريم،
اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك يا أرحم الراحمين.
  • Ape motif tadaburr ustaz? 1. Perintah Allah 2. Ambil pelajaran Lihat: 38:29
tadabbur ajak kita mengalami sendiri proses tadabbur al quran. ayat ditafsirkan dgn ayat.
kesimpulan ayat 11.

Holy Quran 86:11
------------------
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan. Apa makna hujan dalam kehidupan kita?


Holy Quran 80:25
------------------
أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا

Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.


Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan. Allah – Jalla wa ‘Alā – Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. [80:25]

80:26 Holy Quran 80:26
------------------
ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا

Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجۡعِ ١١
Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan.
[86:11] Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan. Allah – Jalla wa ‘Alā – Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. [80:25] Dia belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. [80:26]


80:27

فَأَنبَتْنَا فِيهَا حَبًّ Malay Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

Holy Quran 80:27
------------------
فَأَنْبَتْنَا فِيهَا حَبًّا Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

80:28 Holy Quran 80:28
------------------
وَعِنَبًا وَقَضْبًا Dan buah anggur serta sayur-sayuran, 80:29


Holy Quran 80:29
------------------
وَزَيْتُونًا وَنَخْلً Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,


80:30 Holy Quran 80:30
------------------
وَحَدَائِقَ غُلْبًا Dan taman-taman yang menghijau subur,


80:31 Holy Quran 80:31
------------------
وَفَاكِهَةً وَأَبًّا Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -


80:32Holy Quran 80:32
------------------
مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.


وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجۡعِ ١١
Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan.
[86:11] Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan. Allah – Jalla wa ‘Alā – Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. [80:25] Dia belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. [80:26] Dia tumbuhkan pada bumi biji-bijian, [80:27] buah anggur serta sayur-sayuran, [80:28] pohon zaitun dan kurma, [80:29] taman-taman yang menghijau subur, [80:30] pelbagai buah-buahan serta rumput-rumputan, [80:31] untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. [80:32]

  • Itu semua adalah nikmat adalah nikmat daripada Allah yang bermunculan sesudah turunnya hujan. Sedarkah manusia tentang hakikat ini?
67:30 Holy Quran 67:30
------------------
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
  • Bagaimana pula jika Allah timpakan bumi dengan hujan mencurah-curah tanpa henti. [46:24]
Paparkan ayat 46:24 Holy Quran 46:24
------------------
فَلَمَّا رَأَوْهُ عَارِضًا مُسْتَقْبِلَ أَوْدِيَتِهِمْ قَالُوا هَٰذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا ۚ بَلْ هُوَ مَا اسْتَعْجَلْتُمْ بِهِ ۖ رِيحٌ فِيهَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;


46:25  Holy Quran 46:25
------------------
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوا لَا يُرَىٰ إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ

"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.

Baca dulu 7:97 Holy Quran 7:97
------------------
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ

Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?


7:98  Holy Quran 7:98
------------------
أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

7:99 Holy Quran 7:99
------------------
أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
  • Apabila dalam ketakutan, maka manusia pun pakat berdoa. Apakah doanya diterima? 7:40

Holy Quran 7:40
------------------
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
  • Apa makna tidak dibukakan pintu langit? Tidak diterima taubat mereka Tidak sekali2 mereka yg ingkar diterima masuk syurga..sbb tdk bertaubat
  • Unta mmg takkan masuk lubang jarum so diorang ni takkan masuk lah. Na'udzubillahi min dzalik..Tunggulah sampai kucing bertanduk [7:175]
Holy Quran 7:175
------------------
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

7:176 Holy Quran 7:176
------------------
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
  • Org yg mengaku beriman, tetapi tidak memperdulikan kitab Tuhannya dikira sebagai golongan apa? Munafik? lihat 4:145

Holy Quran 4:145
------------------
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Apa tindakan seterusnya? [4:146] Holy Quran 4:146
------------------
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
  • Perhatian: Selepas bertawbat, perbaiki diri. Bagaimana caranya?
  • Selepas belajar dan faham al-Qur'an? 3:103

Holy Quran 3:103
------------------
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

  • Apakah yg dimaksudkan dgn tali Allah?
  • Nabi bersabda:
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ Tindakah seterusnya selepas berpegang teguh dengan al-Qur'an? 16:125


Holy Quran 16:125
------------------
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

  • Ubah pemikiran masyarakat [13:11]
Holy Quran 13:11
------------------
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [13:11]



 Tadabur Ayat 12
 Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:30]
Ahlan wa sahlan semua sahabat yg dikasihi. Kita mulakan tadabbur utk ayat 12

Rosnah, [12.05.15 17:30]
Holy Quran 86:12
------------------
وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:31]
Pernahkah sdr2 menanam pokok?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:33]
Apa benih tanaman yg digunakan?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:37]
Dlm ilmu pertanian, kita boleh gunakan bahan tanaman drpd biji benih atau pembiakan tampang.

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:40]
Keratan ranting. Macam tnam uni kayu

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:42]
Kalau kita menanam biji benih macam jagung, apa kita buat?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:44]
Kemudian?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:44]
Jagung org tak semai

Asiah Hatta, [12.05.15 17:44]
Gemburkan tanah..taburkan biji benih n tutup balik dgn tanam siram air

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:45]
[57:20]

Rosnah, [12.05.15 17:46]
Holy Quran 57:20
------------------
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:47]
أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ
Apa yg dimaksudkan dengan kalimah "al-kuffar" dalam ayat ini?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:49]
Amy: Siapa yg 'cover' tanah over biji?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:51]
Petani itu disebut kuffar krn ia meletakkan biji ke dalam lubang, mengambusnya dan memadatkan tanah di sebelah atasnya.

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:52]
وَٱلۡأَرۡضِ ذَاتِ ٱلصَّدۡعِ ١٢
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.
[86:12] Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Pembiakan tanaman berlaku menerusi benih tanaman, sama ada menerusi biji benih atau keratan ranting. Amalan agronominya ialah dengan memasukkan benih tanaman itu ke dalam tanah, kemudian ditimbus dan dipadadatkan tanahnya. Kerja seumpama ini biasanya dilakukan oleh para petani. Justeru itu para petani disebut di dalam al-Qur’an sebagai kuffar, iaitu orang-orang yang menyembunyikan benih tanaman ke dalam tanah. [57:20] Selepas beberapa hari sulur tanaman yang lembut itu keluar menujah tanah yang dipadatkan ke atasnya tadi.

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:54]
Beberapa hari kemudian biji benih itu bercambah dan menujah tanah yg dipadatkan di atasnya. Sulur yang menujah tanah di atasnya itu lembut atau keras?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:55]
Maka kenapa kamu masih berdegil, tidak mahu menjadi hamba yang taat? Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam? [56:63]

Rosnah, [12.05.15 17:55]
Holy Quran 56:63
------------------
أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَحْرُثُونَ

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 17:58]
56:64

Rosnah, [12.05.15 17:59]
Holy Quran 56:64
------------------
أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 18:00]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur sebelum sempat tumbuh atau berbuah, maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan kehairanan penuh penyesalan. [56:65]

Rosnah, [12.05.15 18:03]
Holy Quran 56:65
------------------
لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

Rosnah, [12.05.15 18:04]
Holy Quran 56:66
------------------
إِنَّا لَمُغْرَمُونَ

(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 18:07]
Belum tibakah masanya untuk manusia menundukkan hatinya kepada al-Qur'an - baca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar?

Rosnah, [12.05.15 18:09]
Holy Quran 57:16
------------------
۞ أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

Baharuddin Ayudin, [12.05.15 18:17]
وَٱلۡأَرۡضِ ذَاتِ ٱلصَّدۡعِ ١٢
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.
[86:12] Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Pembiakan tanaman berlaku menerusi benih tanaman, sama ada menerusi biji benih atau keratan ranting. Amalan agronominya ialah dengan memasukkan benih tanaman itu ke dalam tanah, kemudian ditimbus dan dipadadatkan tanahnya. Kerja seumpama ini biasanya dilakukan oleh para petani. Justeru itu para petani disebut di dalam al-Qur’an sebagai kuffar, iaitu orang-orang yang menyembunyikan benih tanaman ke dalam tanah. [57:20] Selepas beberapa hari sulur tanaman yang lembut itu keluar menujah tanah yang dipadatkan ke atasnya tadi. Maka kenapa kamu masih berdegil, tidak mahu menjadi hamba yang taat? Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam? [56:63] Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? [56:64] Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur sebelum sempat tumbuh atau berbuah, maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan kehairanan penuh penyesalan. [56:65] Sambil berkata: “Sesungguhnya kami kini menanggung kerugian.” [56:66] Bahkan kami kecewa tidak beroleh sebarang hasil. [57:67] Kalau begitu, belum tibakah masanya untuk manusia menundukkan hatinya kepada al-Qur'an - baca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar?
اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.

 Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:12]
Baik, dengan izin Allah dapat kita. BismilLahi, tawakkalna 'alalLah. Kita teruskan perbincangan ayat ke 13, Surah al-Tariq.

Rosnah, [13.05.15 21:12]
Holy Quran 86:13
------------------
إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:13]
Apakah yg dimaksudkan dgn kata pemutus?

Norlia Razali, [13.05.15 21:14]
Hukum, larangan dan suruhan adala dari Allah

Samsaimi Dullah, [13.05.15 21:14]
Kata2 ketegasan yg tak bolih di sangkal

Muhammad HbMR, [13.05.15 21:14]
hukum2 n peraturan yg telah ditetapkn

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:16]
2:185

Rosnah, [13.05.15 21:17]
Holy Quran 2:185
------------------
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:23]
هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:25]
Ada tiga perkara dinyatakan menerusi ayat ini tentang al-Qur'an:
1. Petunjuk
2. Keterangan bagi petunjuk
3. Pembeza di antara yang hak dan batil

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:26]
Al-Qur'an ini diturunkan utk siapa?

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:29]
هُدًى لِلنَّاسِ
Petunjuk untuk semua manusia

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:29]
Siapakah manusia yg dapat faedah drpd petunjuk ini?

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:34]
(Keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus). Jika seseorang itu mendakwa dirinya takwa, berbuat baik, ikhlas, berbuat ihsan dan sebagainya. Atas asas apa yang melayakkan ia membuat dakwaan itu?

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:39]
(Keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus). Maknanya kita kena ikut al-Qur'an dalam kehidupan kita. Apakah syarat bagi membolehkan seseorang itu benar-benar mengikut al-Qur'an?

Puteri Tuah, [13.05.15 21:39]
Memahami maksud kandungan ayat AQ

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:40]
Ya. Kita kena faham

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:41]
62:5

Rosnah, [13.05.15 21:41]
Holy Quran 62:5
------------------
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:44]
Kalau kita baca al-Qur'an, tetapi tidak faham samalah seperti keldai yang membawa bandela kitab sedang ia tidak mengetahui kandungannya.

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:46]
Membaca dan tidak memahami isi kandungan AQ adalah perbuatan kaum yang zalim

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:47]
Siapakah kaum yang zalim itu?

Rosnah, [13.05.15 21:49]
Holy Quran 31:13
------------------
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Rosnah, [13.05.15 21:51]
Holy Quran 86:11
------------------
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:53]
Banyak nikmat yang sudah kita perolehi dgn Allah turunkan hujan. Patutkan kita tidak mempedulikan al-Qur'an yg Allah perintahkan kita mengikutya?

Rosnah, [13.05.15 21:55]
Holy Quran 25:30
------------------
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 21:57]
Kaumku jadikan al-Qur'an sesuatu yg tidak diacuhkan. Justeru ada hal-hal lain yang lebih utama di sisinya. Patutkan begitu?

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 22:01]
Belajar bahasa Arab untuk memahami al-Qur'an dan Sunnah. Kelas bahasa Arab boleh diadakan, in sha'alLah

Baharuddin Ayudin, [13.05.15 22:04]
Ada tiga perkara dinyatakan menerusi ayat ini tentang al-Qur'an:
1. Petunjuk
2. Keterangan bagi petunjuk
3. Pembeza di antara yang hak dan batil
Saya hanya sempat bincangkan point no. 1. Point no. 2 & 3 saya akan sambung minggu hadapan, hari Isnin - Rabu. In sha'alLah.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:20]
Hari ini kita akan membincangkan ayat [86:14]

Syifa Hafz, [18.05.15 17:21]
Holy Quran 86:14
------------------
وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:22]
Al-Qur’an ini bukanlah suatu bahan olok-olokan. Tiada sebarang kebatilan padanya, baik yang tersurat atau tersirat, dahulu atau akan datang. Penurunannya adalah dari sisi Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. [41:42]

Syifa Hafz, [18.05.15 17:23]
Holy Quran 41:42
------------------
لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ ۖ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:24]
Ia adalah kitab yang menghimpunkan panduan bagi membebaskan manusia daripada zulumat kepada nur. [14:1]

Syifa Hafz, [18.05.15 17:25]
Holy Quran 14:1
------------------
الر ۚ كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:26]
"dengan izin Tuhan mereka" Apakah yang dimaksudkan dengan izin Tuhan mereka?

CikguRahim, [18.05.15 17:28]
Allah yg bagi hidayah

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:28]
65:11

Syifa Hafz, [18.05.15 17:29]
Holy Quran 65:11
------------------
رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِ اللَّهِ مُبَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقًا

(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:30]
Allah hanya izinlan manusia keluar dari zulumat kepada nur jika ia "beriman dan beramal soleh."

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:32]
Siapa yang boleh percaya dengan penuh yakin, lalu bertindak sebagaimana yang Rasul - sallalLahu 'alayhi wa sallam - tunjukkan?

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:34]
Bagaimana seseorang itu boleh ikut al-Qur'an?

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:37]
Seseorang itu hanya boleh mengikut al-Qur'an apabila ia memahami isi kandungannya. [2:121]

Muhamad Khair, [18.05.15 17:37]
{2} ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;

Syifa Hafz, [18.05.15 17:38]
Holy Quran 2:121
------------------
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:40]
"mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan" maknanya mereka membaca dengan faham isi kandungannya. Jika seseorang itu membaca tidak faham, maka ia tidak ubah bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab yang tebal tetapi tidak mengetahui isi kandungannya. [62:5]

Rosnah, [18.05.15 17:44]
Holy Quran 62:5
------------------
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:45]
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Siapakah orang-orang yang zalim itu?

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:47]
Orang-orang zalim itu ialah orang-orang yang mensyirikkan Allah. [31:13]

Rosnah, [18.05.15 17:48]
Holy Quran 31:13
------------------
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:50]
"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." Ini maknanya al-Qur'an itu bukan kata-kata yang olok-olok. Sikap tidak ambil peduli terhadapnya mengundang bahaya yang besar. [7:40]

Syifa Hafz, [18.05.15 17:51]
Holy Quran 7:40
------------------
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 17:53]
Wahai saudara-saudaraku! Apakah patut kita baca ancaman ini dan kita abaikannya sahaja?

Rosnah, [18.05.15 17:59]
Holy Quran 4:48
------------------
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 18:03]
Perbuatan syirik yang meluas di tengah masyarakat ialah membelakangkan al-Qur'an yang dibawa oleh Rasul - sallalLahu 'alayhi wa sallam. [49:1]

Rosnah, [18.05.15 18:04]
Holy Quran 49:1
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 18:06]
Rasul sendiri mengeluh melihat ramai umatnya masuk neraka. [25:30]

Rosnah, [18.05.15 18:07]
Holy Quran 25:30
------------------
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Muhamad Khair, [18.05.15 18:09]
[16:100]
Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 18:10]
"perlembagaan yang ditinggalkan" ialah panduan hidup yang tidak diacuhkan, dibaca tetapi tidak difaham, didengar tetapi tidak diamalkan, dipelajari tetapi tidak diajari, diyakini tetapi tergerak hendak menyebarkannya.

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 18:10]
diyakini unggul tetapi tidak tergerak hendak menyebarkannya

Baharuddin Ayudin, [18.05.15 18:16]
Marilah belajar bahasa al-Qur'an supaya kita dapat fahami isi kandungannya. Kita habiskan sisa umur yang masih ada ini bagi mendekatkan diri kepada-Nya menerusi usaha belajar dan mengajar al-Qur'an supaya kita semua tergolongan dalam kelompok rabbaniyyin. [3:79]

Syifa Hafz, [18.05.15 18:17]
Holy Quran 3:79
------------------
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

CikguRahim, [19.05.15 17:26]
إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا

Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.
Surah At-Tariq (86:15)

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:27]
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-matian menjalankan rancangan jahat untuk menghalang agama Allah yang berpandukan petunjuk al-Qur’an ini daripada berkembang.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:27]
Kenapa mereka menentang Nabi?

Hasry Rosly, [19.05.15 17:29]
Surah Muhammad, Verse 8:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَّهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.
(Melayu)

via iQuran

CikguRahim, [19.05.15 17:30]
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ

Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.
Surah Muhammad (47:9)

Hasry Rosly, [19.05.15 17:30]
Surah Muhammad, Verse 9:
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ

Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.
(Melayu)

via iQuran

Syifa Hafz, [19.05.15 17:31]
Holy Quran 47:9
------------------
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ

Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:32]
Sesungguhnya mereka benci kepada al-Qur'an yang diturunkan Allah

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:33]
Pelbagai onar mereka lakukan supaya orang-orang yang hendak mendengar al-Qur’an tidak dapat memberi tumpuan. Mereka menyanyi, menjerit riuh rendah dan bertepuk sorak dengan tujuan mengganggu. [41:26]

Haniff, [19.05.15 17:34]
Holy Quran 41:26
-------------------
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَا تَسْمَعُوا۟ لِهَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ وَٱلْغَوْا۟ فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Basmeih Malay translation
-------------------
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"

Syifa Hafz, [19.05.15 17:34]
Holy Quran 41:26
------------------
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"

Hasry Rosly, [19.05.15 17:34]
Surah Fussilat, Verse 26:
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"
(Melayu)

via iQuran

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:35]
Nabi ditohmah dengan pelbagai tuduhan lantaran mengajak manusia kepada ajaran al-Qur’an: Gila. [68:2-3]

Syifa Hafz, [19.05.15 17:36]
Holy Quran 68:2
------------------
مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

Syifa Hafz, [19.05.15 17:36]
Holy Quran 68:3
------------------
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ

Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:38]
Penyair. [36:69-70]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:39]
Holy Quran 36:69
------------------
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:40]
Holy Quran 36:70
------------------
لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:40]
Membawa ajaran kolot. [21:107]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:41]
Holy Quran 21:107
------------------
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:43]
Lalu mereka membantah, memperlekeh, menghalang orang lain mendengar apa yang Nabi sampaikan dan memboikot daripada mendengar seruan baginda. [6:25-26]

Bulanje, [19.05.15 17:44]
وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوكَ يُجَادِلُونَكَ يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

And of them there are some who listen to you; but We have set veils on their hearts, so they understand it not, and deafness in their ears; if they see every one of the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) they will not believe therein; to the point that when they come to you to argue with you, the disbelievers say: "These are nothing but tales of the men of old."

Bulanje, [19.05.15 17:44]
وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْأَوْنَ عَنْهُ وَإِن يُهْلِكُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

And they prevent others from him (from following Prophet Muhammad SAW) and they themselves keep away from him, and (by doing so) they destroy not but their ownselves, yet they perceive (it) not.

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:45]
Holy Quran 6:25
------------------
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ ۖ وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۚ وَإِنْ يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَا يُؤْمِنُوا بِهَا ۚ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوكَ يُجَادِلُونَكَ يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".

Syifa Hafz, [19.05.15 17:45]
Holy Quran 6:26
------------------
وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْأَوْنَ عَنْهُ ۖ وَإِنْ يُهْلِكُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:46]
Di kalangan sahabat Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – ada yang dibelasah kerana memperdengarkan bacaan al-Qur’an kepada mereka. Apa sahaja yang berkaitan dengan al-Qur’an ini mereka rasa benci dan kurang senang. [39:45]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:47]
Holy Quran 39:45
------------------
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:49]
Apa lagi konspirasi mereka terhadap Nabi yang berusaha hendak menyebarkan rahmat ke atas sekalian alam ini? [8:30]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:50]
Holy Quran 8:30
------------------
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:54]
Wahai saudara-saudaraku! Begitulah susah payahnya Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – hendak menyebarkan ajaran al-Qur’an ke tengah masyarakat. Patutkah al-Qur’an ini dijadikan sesuatu yang tidak diacuhkan? [25:30]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:55]
Holy Quran 25:30
------------------
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 17:57]
Patutkah ajaran al-Qur’an ini diletakkan terpinggir di sudut-sudut tertentu sahaja dalam kehidupan kita? [22:11]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 17:57]
Holy Quran 22:11
------------------
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:00]
Patutkah ajaran al-Qur’an ini diambil sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain? [15:91]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 18:00]
Holy Quran 15:91
------------------
الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ

(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:06]
Sikap tidak mempedulikan al-Qur’an kerana terlalu terpesona dengan dunia ini bukankah membawa maksud persekongkolan dengan Yahudi yang berusaha hendak memadamkan cahaya Allah? [9:32]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 18:07]
Holy Quran 9:32
------------------
يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

 Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:08]
[14:3]

Samsaimi Dullah, [19.05.15 18:08]
Holy Quran 14:3
------------------
الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:09]
Siapakah orang yang sangat-sangat sayangkan dunia ini?

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:10]
2:96

Shikin@Semat Qur'an, [19.05.15 18:11]
orang yang mengikut cara hidup yahudi dan nasrani

Samsaimi Dullah, [19.05.15 18:11]
Holy Quran 2:96
------------------
وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

Muhamad Khair, [19.05.15 18:11]
[2:96]Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:12]
2:120

Samsaimi Dullah, [19.05.15 18:13]
Holy Quran 2:120
------------------
وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:14]
Tinggalkanlah sekularisme ajaran Yahudi dan kembalilah kepada Islam sepenuhnya. [2:208]

Muhamad Khair, [19.05.15 18:15]
[3:100]Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Samsaimi Dullah, [19.05.15 18:15]
Holy Quran 2:208
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:15]
Ikutlah ajaran al-Qur'an. [7:3]

Muhamad Khair, [19.05.15 18:16]
[7:3](Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:16]
Menurut sebagaimana Nabi faham. [33:21]

Muhamad Khair, [19.05.15 18:17]
[33:21]Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Bulanje, [19.05.15 18:17]
[In reply to Samsaimi Dullah]
Perintah masuk ke ugana islam kepada orang beriman. Fuh

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:18]
Juga menurut apa yang difahami oleh para sahabat dan orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke Hari Kiamat. [9:100]

Muhamad Khair, [19.05.15 18:19]
[9:100]Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Baharuddin Ayudin, [19.05.15 18:21]
Semoga kita semua tetap istiqamah di atas jalan yang hak. [6:153]

Muhamad Khair, [19.05.15 18:22]
[6:153]Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Bulanje, [19.05.15 18:24]
إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا

Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.
Surah At-Tariq (86:15)

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-matian menjalankan rancangan jahat untuk menghalang agama Allah yang berpandukan petunjuk al-Qur’an ini daripada berkembang.

Kenapa mereka menentang Nabi? 47:8 -9

Sesungguhnya mereka benci kepada al-Qur'an yang diturunkan Allah

Pelbagai onar mereka lakukan supaya orang-orang yang hendak mendengar al-Qur’an tidak dapat memberi tumpuan. Mereka menyanyi, menjerit riuh rendah dan bertepuk sorak dengan tujuan mengganggu. [41:26]

Nabi ditohmah dengan pelbagai tuduhan lantaran mengajak manusia kepada ajaran al-Qur’an: Gila. [68:2-3]

Penyair. [36:69-70]

Membawa ajaran kolot. [21:107]

Lalu mereka membantah, memperlekeh, menghalang orang lain mendengar apa yang Nabi sampaikan dan memboikot daripada mendengar seruan baginda. [6:25-26]

Di kalangan sahabat Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – ada yang dibelasah kerana memperdengarkan bacaan al-Qur’an kepada mereka. Apa sahaja yang berkaitan dengan al-Qur’an ini mereka rasa benci dan kurang senang. [39:45]

Apa lagi konspirasi mereka terhadap Nabi yang berusaha hendak menyebarkan rahmat ke atas sekalian alam ini? [8:30]

Wahai saudara-saudaraku! Begitulah susah payahnya Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – hendak menyebarkan ajaran al-Qur’an ke tengah masyarakat. Patutkah al-Qur’an ini dijadikan sesuatu yang tidak diacuhkan? [25:30]

Patutkah ajaran al-Qur’an ini diletakkan terpinggir di sudut-sudut tertentu sahaja dalam kehidupan kita? [22:11]

Patutkah ajaran al-Qur’an ini diambil sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain? [15:91]

Sikap tidak mempedulikan al-Qur’an kerana terlalu terpesona dengan dunia ini bukankah membawa maksud persekongkolan dengan Yahudi yang berusaha hendak memadamkan cahaya Allah? [9:32]

[14:3] Siapakah orang yang sangat-sangat sayangkan dunia ini? [2:96] [2:120]

Tinggalkanlah sekularisme ajaran Yahudi dan kembalilah kepada Islam sepenuhnya. [2:208]

Ikutlah ajaran al-Qur'an. [7:3]

Menurut sebagaimana Nabi faham. [33:21]

Juga menurut apa yang difahami oleh para sahabat dan orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke Hari Kiamat. [9:100]

Semoga kita semua tetap istiqamah di atas jalan yang hak. [6:153]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:21]
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.
Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (07) Tadabbur al-Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.
Hari ini kita akan membincangkan ayat [86:16]

Bulanje, [20.05.15 17:24]
[16]Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

Nurul Rauf, [20.05.15 17:26]
وَأَكِيدُ كَيْدًا

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:27]
Para musuh merancang. Namun perancangan jahat musuh yang didalangi syaitan itu adalah lemah. [4:76]

Bulanje, [20.05.15 17:28]
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَـٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِيفًا (٧٦)

Rosnah, [20.05.15 17:28]
Holy Quran 86:16
------------------
وَأَكِيدُ كَيْدًا

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

Asiah Hatta, [20.05.15 17:29]
4:76

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:30]
Sesungguhnya konspirasi jahat yg didalangi syaitan itu adalah lemah.

Syifa Hafz, [20.05.15 17:30]
Holy Quran 4:76
------------------
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:30]
Walaupun perancangan jahat mereka itu sampai boleh meruntuhkan gunung ganang. [14:46]

Rosnah, [20.05.15 17:31]
Holy Quran 14:46
------------------
وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:33]
Manusia jahat itu kerjanya tidak henti-henti hendak menyusahkan orang-orang yang beriman [85:8]

Rosnah, [20.05.15 17:33]
Holy Quran 85:8
------------------
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:34]
Allah menyuruh orang-orang yang beriman itu bersabar sebagaimana sabarnya para rasul ulu al-‘azmi. [46:35]

Rosnah, [20.05.15 17:35]
Holy Quran 46:35
------------------
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ

(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:36]
Ingatlah, kehidupan dunia ini hanyalah sementara. [20:72]

Samsaimi Dullah, [20.05.15 17:37]
Holy Quran 20:72
------------------
قَالُوا لَنْ نُؤْثِرَكَ عَلَىٰ مَا جَاءَنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالَّذِي فَطَرَنَا ۖ فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ ۖ إِنَّمَا تَقْضِي هَٰذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:37]
Allah sendiri tidak akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya [14:47]

Rosnah, [20.05.15 17:38]
Holy Quran 14:47
------------------
فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:39]
Allah sentiasa menolong orang yang menolong agama-Nya. [47:7]

Rosnah, [20.05.15 17:39]
Holy Quran 47:7
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:40]
Antara perancangan Allah ke atas para penentang itu ialah Allah timpakan istidraj ke atas mereka. [68:44-45]

Rosnah, [20.05.15 17:41]
Holy Quran 68:44
------------------
فَذَرْنِي وَمَنْ يُكَذِّبُ بِهَٰذَا الْحَدِيثِ ۖ سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Rosnah, [20.05.15 17:41]
Holy Quran 68:45
------------------
وَأُمْلِي لَهُمْ ۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:42]
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan istidraj?

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:46]
Istidraj ini ialah suatu azab yang disangkakan nikmat. [6:44]

Rosnah, [20.05.15 17:47]
Holy Quran 6:44
------------------
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:49]
Ada orang yang hidup di dunia sibuk mencari harta sehingga tergamak tidak mahu memberikan masanya terhadap al-Qur’an. [30:7]

Rosnah, [20.05.15 17:49]
Holy Quran 30:7
------------------
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:51]
Ada orang yang mempunyai anak, tetapi anaknya tidak diajar al-Qur'an takut tertanggu prestasi pepereksaan akademiknya. [10:7]

Yatt, [20.05.15 17:51]
[Forwarded from Baharuddin Ayudin]
Ada orang yang hidup di dunia sibuk mencari harta sehingga tergamak tidak mahu memberikan masanya terhadap al-Qur’an. [30:7]

Rosnah, [20.05.15 17:52]
Holy Quran 10:7
------------------
إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:53]
dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram (TERJAMIN MASADEPAN) dengannya,

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 17:56]
Insaflah, wahai saudara-saudaraku! Insaflah dengan ancaman Allah ini. Apabila Allah timpakah istidraj, akhirnya, harta benda dan anak-pinak itu menjadi sesuatu yang menyusahkannya dalam kehidupan dunia dan mereka akan dicabut nyawa dalam keadaan derhakakan Allah. [9:55]

Rosnah, [20.05.15 17:57]
Holy Quran 9:55
------------------
فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:01]
Soalan: Bagaimana keadaannya kalau manusia lebiih terpesona dgn dunia tidak mahu lagi mempedulikan al-Qur'an?

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:04]
[3:196-197]

Rosnah, [20.05.15 18:05]
Holy Quran 3:196
------------------
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

Syifa Hafz, [20.05.15 18:05]
Holy Quran 3:197
------------------
مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

Bulanje, [20.05.15 18:07]
maksud 'usaha gerakan orang-orang yang kafir' tu mereka berusaha untuk sesatkan orang lain ke ustaz?

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:10]
Sibuk berniaga dpt untung banyak. Maju. Kita nak sibuk tiru mereka. Siang berhempas pulas bekerja bagaikan kedai, malam tidur lena bagaikan bangkai. Usaha menambah ilmu dan amal salih tiada. Sibuk cari makan dan hiburan.

Rosnah, [20.05.15 18:12]
Holy Quran 3:176
------------------
وَلَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ ۚ إِنَّهُمْ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا ۗ يُرِيدُ اللَّهُ أَلَّا يَجْعَلَ لَهُمْ حَظًّا فِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.

Syifa Hafz, [20.05.15 18:12]
Holy Quran 3:177
------------------
إِنَّ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْكُفْرَ بِالْإِيمَانِ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:12]
[3:178]

Rosnah, [20.05.15 18:13]
Holy Quran 3:178
------------------
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ ۚ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا ۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:14]
Kalaulah tiada manusia lagi yang hendak menerima al-Qur’an lantaran terpesona dengan dunia yang menjanjikan kepalsuan itu, [3:196-197] janganlah berasa sedih hati lantaran gelagat manusia yang iman tidak sampai ke dalam hatinya, [3:176-177] lalu Allah panjangkan umur mereka supaya mereka terus menerus dalam kelalaian dan bertambah-tambah dosa mereka. [3:178]

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:14]
utk ini tidak payah paparkan ayat

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:15]
Allah adalah perancang yang Maha Bijaksana. Dia akan kepung orang-orang yang ingkar itu supaya menjadi penghuni neraka yang bernyala-nyala. [2:19]

Asiah Hatta, [20.05.15 18:15]
Ustaz adakah ini juga termasuk istidraj?

Rosnah, [20.05.15 18:16]
Holy Quran 2:19
------------------
أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ ۚ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:16]
Inilah maksud istidraj

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:18]
sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi (MENGEPUNG) orang-orang yang kafir itu. SUPAYA KEPERCAYAAN DAN AMALANNYA MEMBAWANYA MENUJU KE NERAKA

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:18]
Ketika itu barulah manusia sedar akibat buruk perbuatan mereka tidak mempedulikan al-Qur’an ini. [26:97-104]

Rosnah, [20.05.15 18:19]
Holy Quran 26:97
------------------
تَاللَّهِ إِنْ كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

" ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,

Syifa Hafz, [20.05.15 18:19]
Holy Quran 26:98
------------------
إِذْ نُسَوِّيكُمْ بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

" ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;

Rosnah, [20.05.15 18:20]
Holy Quran 26:99
------------------
وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ

" ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.

Syifa Hafz, [20.05.15 18:20]
Holy Quran 26:100
------------------
فَمَا لَنَا مِنْ شَافِعِينَ

" ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

Rosnah, [20.05.15 18:20]
Holy Quran 26:101
------------------
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ

" ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

Syifa Hafz, [20.05.15 18:20]
Holy Quran 26:102
------------------
فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

" ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "

Rosnah, [20.05.15 18:21]
Holy Quran 26:103
------------------
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Syifa Hafz, [20.05.15 18:21]
Holy Quran 26:104
------------------
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:22]
Penyesalan setelah melihat seksaan tiada guna lagi. [39:58]

Rosnah, [20.05.15 18:22]
Holy Quran 39:58
------------------
أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى الْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:24]
Ingatlah, orang yang mengaku beriman tetapi tidak mempedulikan al-Qur’an adalah di dalam kesesatan sedangkan mereka tidak sedar, [2:8-9]

Rosnah, [20.05.15 18:24]
Holy Quran 2:8
------------------
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Rosnah, [20.05.15 18:24]
Holy Quran 2:9
------------------
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:25]
«آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ، وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ»

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:26]
walaupun mereka salat dan puasa dan mendakwa dirinya adalah Muslim. [Sahih Muslim, 109-(59)]

Baharuddin Ayudin, [20.05.15 18:26]
Bertawbatlah dan kembalilah kepada Allah. [4:145-146]

Rosnah, [20.05.15 18:27]
Holy Quran 4:145
------------------
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Rosnah, [20.05.15 18:28]
Holy Quran 4:146
------------------
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Bulanje, [20.05.15 18:36]
[86:16] وَأَكِيدُ كَيْدًا

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). [86:16]

Para musuh merancang. Namun perancangan jahat musuh yang didalangi syaitan itu adalah lemah. [4:76]

Walaupun perancangan jahat mereka itu sampai boleh meruntuhkan gunung ganang. [14:46]

Manusia jahat itu kerjanya tidak henti-henti hendak menyusahkan orang-orang yang beriman [85:8]

Allah menyuruh orang-orang yang beriman itu bersabar sebagaimana sabarnya para rasul ulu al-‘azmi. [46:35]

Ingatlah, kehidupan dunia ini hanyalah sementara. [20:72]

Allah sendiri tidak akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya [14:47]

Allah sentiasa menolong orang yang menolong agama-Nya. [47:7]

Antara perancangan Allah ke atas para penentang itu ialah Allah timpakan istidraj ke atas mereka. [68:44-45]

Apakah yang dimaksudkan dengan istidraj?

Istidraj ini ialah suatu azab yang disangkakan nikmat. [6:44]

Ada orang yang hidup di dunia sibuk mencari harta sehingga tergamak tidak mahu memberikan masanya terhadap al-Qur’an. [30:7]

Ada orang yang mempunyai anak, tetapi anaknya tidak diajar al-Qur'an takut tertanggu prestasi pepereksaan akademiknya. [10:7]

Insaflah, wahai saudara-saudaraku! Insaflah dengan ancaman Allah ini. Apabila Allah timpakah istidraj, akhirnya, harta benda dan anak-pinak itu menjadi sesuatu yang menyusahkannya dalam kehidupan dunia dan mereka akan dicabut nyawa dalam keadaan derhakakan Allah. [9:55]

Bagaimana keadaannya kalau manusia lebiih terpesona dgn dunia tidak mahu lagi mempedulikan al-Qur'an?

Kalaulah tiada manusia lagi yang hendak menerima al-Qur’an lantaran terpesona dengan dunia (sibuk berniaga dpt untung banyak. Maju. Kita nak sibuk tiru mereka. Siang berhempas pulas bekerja bagaikan kedai, malam tidur lena bagaikan bangkai. Usaha menambah ilmu dan amal salih tiada. Sibuk cari makan dan hiburan) yang menjanjikan kepalsuan itu, [3:196-197]

Janganlah berasa sedih hati lantaran gelagat manusia yang iman tidak sampai ke dalam hatinya, [3:176-177] lalu Allah panjangkan umur mereka supaya mereka terus menerus dalam kelalaian dan bertambah-tambah dosa mereka. [3:178]

Allah adalah perancang yang Maha Bijaksana. Dia akan kepung orang-orang yang ingkar itu supaya menjadi penghuni neraka yang bernyala-nyala. [2:19]

Ketika itu barulah manusia sedar akibat buruk perbuatan mereka tidak mempedulikan al-Qur’an ini. [26:97-104]

Penyesalan setelah melihat seksaan tiada guna lagi. [39:58]

Ingatlah, orang yang mengaku beriman tetapi tidak mempedulikan al-Qur’an adalah di dalam kesesatan sedangkan mereka tidak sedar, [2:8-9]

«آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ، وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ»

walaupun mereka salat dan puasa dan mendakwa dirinya adalah Muslim. [Sahih Muslim, 109-(59)]
Bertawbatlah dan kembalilah kepada Allah. [4:145-146]

أقول قولي هذا،
وأستغفر الله العظيم لي ولكم,
اللّهم اهد قلوبنا،
اللّهم أصلح فساد قلوبنا،
اللّهم أعنّا على أنفسنا,
والحمد لله ربّ العالمين

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:16]
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.
Yg dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (07) Tadabbur al-Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.
Hari ini kita akan membincangkan ayat terakhir [86:17]

Bulanje, [25.05.15 17:19]
فَمَهِّلِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَمۡهِلۡهُمۡ رُوَيۡدَۢا

Bulanje, [25.05.15 17:19]
So give a respite to the disbelievers. Deal thou gently with them for a while. (17)

Bulanje, [25.05.15 17:19]
Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. / (17)

Umar Al-Fatani, [25.05.15 17:19]
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Rosnah, [25.05.15 17:20]
Holy Quran 86:17
------------------
فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

 Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:21]
Hidup di dunia ini hanyalah sebentar. [46:35]

Rosnah, [25.05.15 17:21]
Holy Quran 46:35
------------------
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ

(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:24]
Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat (SEKETIKA) sahaja dari siang hari. Apakah yang dimaksudkan dengan seketika sahaja pada siang hari? [79:46]

Rosnah, [25.05.15 17:24]
Holy Quran 79:46
------------------
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:27]
Cuba bayangkan satu hari di sisi Allah bersamaan 1000 tahun pada kiraan dunia. [32:5]

Rosnah, [25.05.15 17:27]
Holy Quran 32:5
------------------
يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:29]
Kalau kita hidup 100 tahun di dunia ini, tempohnya baru 2.4 jam pada kira hari di sisi Allah. Baru berapa minit?

Hafidzal Rahman, [25.05.15 17:31]
As-Sajdah : 5

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:32]
Itu sebab kena belajar bahasa Arab

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:32]
Bahasa al-Qur'an

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:34]
Kalau hidup 100 tahun baru lebih kurang 144 minit sahaja. Sedikit ujian yang kita lalui hendaklah dihadapi dengan sabar

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:34]
46:35

Hafidzal Rahman, [25.05.15 17:34]
Al-Ahqaf : 35

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُوا الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوٓا إِلَّا سَاعَةً مِّن نَّهَارٍۭ ۚ بَلٰغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفٰسِقُونَ

Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:36]
Maka bersabarlah kamu seperti para rasul ulu al-'azmi bersabar

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:37]
Teruskan perjuangan untuk mengembangkan al-Qur'an ke tengah masyarakat. Justeru ganjaran bagi orang yang sabar itu tanpa batas. [39:10]

Rosnah, [25.05.15 17:38]
Holy Quran 39:10
------------------
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:39]
Jangan cepat melatah. Jangan suka merajuk. Jangan cepat putus asa. Jangan cepat melenting. Sikit-sikit hendak doakan kebinasaan ke atas orang lain. [46:35]

Rosnah, [25.05.15 17:40]
Holy Quran 46:35
------------------
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ

(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:42]
dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Justeru azab yang akan mereka terima akan tiba sebentar sahaja lagi. Allah timpakan istidraj untuk mereka dalam keadaan mereka tidak sedar. [68:44-45]

Rosnah, [25.05.15 17:43]
Holy Quran 68:44
------------------
فَذَرْنِي وَمَنْ يُكَذِّبُ بِهَٰذَا الْحَدِيثِ ۖ سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Rosnah, [25.05.15 17:43]
Holy Quran 68:45
------------------
وَأُمْلِي لَهُمْ ۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:45]
Mereka leka dalam kesenangan, sedangkan perancangan Allah hendak mengepung mereka supaya menjadi penghuni neraka yang kekal kerana kelekaan mereka mengejar dunia. [6:44]

Rosnah, [25.05.15 17:46]
Holy Quran 6:44
------------------
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:48]
Kalau mereka berniaga, maka perniagaannya bukanlah untuk mengembangkan ajaran al-Qur'an tetapi lebih tertumpu kpd mencari kesenangan duniawi [24:37]

Rosnah, [25.05.15 17:49]
Holy Quran 24:37
------------------
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:51]
Apa makna rijal (رجال)?

Amy, [25.05.15 17:52]
Lelaki lelaki

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:53]
Apa istimewanya lelaki?

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:54]
Lelaki yg macamana layak jadi pemimpin?

Bulanje, [25.05.15 17:55]
rijaal. manusia yang berjiwa besar. sanggup berkorban utk Allah. Tidak lalai dalam perniagaan

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:55]
4:34

Rosnah, [25.05.15 17:56]
Holy Quran 4:34
------------------
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 17:56]
33:23

Rosnah, [25.05.15 17:57]
Holy Quran 33:23
------------------
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:01]
Rijal: Manusia yang berjiwa besar, iaitu yang boleh memimpin orang ke jalan yang benar, [4:34] sanggup berkorban dan tetap pendirian. [33:23] Itulah kualiti orang yang tidak akan mengabaikan zikrulLah kerana sibuk dengan aktiviti jual beli.

Bulanje, [25.05.15 18:02]
...Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan... keistimewaan ini ada disebutkah ustaz?

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:03]
Bersetujukah inilah kualiti lelaki yang sepatutnya, wahai kaum wanita?

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:05]
Apakah bekalan yang patut ada pada diri mereka untuk beroleh kualiti sedemikian?

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:06]
Mereka mesti menguasai zikrulLah. Apakah yang dimaksudkan dengan zikrulLah?

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:09]
ZikrulLah: Peringatan daripada Allah, iaitu al-Qur'an.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:10]
Demikian dalam menguruskan anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang berkualiti. Allah mengingatkan kita supaya tidak melupai zikrulLah. [63:9]

Rosnah, [25.05.15 18:11]
Holy Quran 63:9
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:14]
Kalau orang itu ada harta banyak tetapi tidak peduli al-Qur'an, kita patut terpesona ke dengan harta benda mereka?

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:17]
Apabila seseorang anak itu dapat AAAA dlm peperiksaan, tetapi tidak mempedulikan al-Qur'an, baca tidak faham, patutkan kita rasa kagum terhadapnya?

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:18]
Inilah yang al-Qur'an hendak beritahu kita. [9:55]

Rosnah, [25.05.15 18:19]
Holy Quran 9:55
------------------
فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

Baharuddin Ayudin, [25.05.15 18:28]
Kesimpulan: Binalah diri supaya berjiwa besar menerusi penguasaan al-Qur’an supaya apa sahaja yang dimiliki, isteri-isteri, anak-anak, harta benda, masa dan tenaga, kesemuanya dapat dimanfaatkan ke jalan Allah supaya beroleh syurga-Nya. [28:77]

Rosnah, [25.05.15 18:29]
Holy Quran 28:77
------------------
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

Bulanje, [25.05.15 18:45]
[86:17] فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. [86:17]

Hidup di dunia ini hanyalah sebentar. [46:35]

Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat (SEKETIKA) sahaja dari siang hari. Apakah yang dimaksudkan dengan seketika sahaja pada siang hari? [79:46]

Cuba bayangkan satu hari di sisi Allah bersamaan 1000 tahun pada kiraan dunia. [32:5]

Kalau kita hidup 100 tahun di dunia ini, tempohnya baru 2.4 jam pada kira hari di sisi Allah. Baru berapa minit?

Kalau hidup 100 tahun baru lebih kurang 144 minit sahaja. Sedikit ujian yang kita lalui hendaklah dihadapi dengan sabar [46:35]

Maka bersabarlah kamu seperti para rasul ulu al-'azmi bersabar

Teruskan perjuangan untuk mengembangkan al-Qur'an ke tengah masyarakat. Justeru ganjaran bagi orang yang sabar itu tanpa batas. [39:10]

Jangan cepat melatah. Jangan suka merajuk. Jangan cepat putus asa. Jangan cepat melenting. Sikit-sikit hendak doakan kebinasaan ke atas orang lain. [46:35]

dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Justeru azab yang akan mereka terima akan tiba sebentar sahaja lagi. Allah timpakan istidraj untuk mereka dalam keadaan mereka tidak sedar. [68:44-45]

Mereka leka dalam kesenangan, sedangkan perancangan Allah hendak mengepung mereka supaya menjadi penghuni neraka yang kekal kerana kelekaan mereka mengejar dunia. [6:44]

Kalau mereka berniaga, maka perniagaannya bukanlah untuk mengembangkan ajaran al-Qur'an tetapi lebih tertumpu kpd mencari kesenangan duniawi [24:37]

Apa makna rijal (رجال)? Apa istimewanya lelaki?

Rijal: Manusia yang berjiwa besar, iaitu yang boleh memimpin orang ke jalan yang benar, [4:34] sanggup berkorban dan tetap pendirian. [33:23] Itulah kualiti orang yang tidak akan mengabaikan zikrulLah kerana sibuk dengan aktiviti jual beli.

Bersetujukah inilah kualiti lelaki yang sepatutnya, wahai kaum wanita? Apakah bekalan yang patut ada pada diri mereka untuk beroleh kualiti sedemikian?

Mereka mesti menguasai zikrulLah. Apakah yang dimaksudkan dengan zikrulLah?

ZikrulLah: Peringatan daripada Allah, iaitu al-Qur'an.

Demikian dalam menguruskan anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang berkualiti. Allah mengingatkan kita supaya tidak melupai zikrulLah. [63:9]

Kalimah ZikrulLah, mengingati Allah (abstrak). Kalau sebut al-Qur'an baru konkrit dan spesifik. Setuju?

Kalau orang itu ada harta banyak tetapi tidak peduli al-Qur'an, kita patut terpesona ke dengan harta benda mereka?

Apabila seseorang anak itu dapat AAAA dlm peperiksaan, tetapi tidak mempedulikan al-Qur'an, baca tidak faham, patutkan kita rasa kagum terhadapnya?

Inilah yang al-Qur'an hendak beritahu kita (istidraj). [9:55]

Kesimpulan: Binalah diri supaya berjiwa besar menerusi penguasaan al-Qur’an supaya apa sahaja yang dimiliki, isteri-isteri, anak-anak, harta benda, masa dan tenaga, kesemuanya dapat dimanfaatkan ke jalan Allah supaya beroleh syurga-Nya. [28:77]

أقول قولي هذا،
وأستغفر الله العظيم لي ولكم,
والحمد لله ربّ العالمين.














No comments:

Post a Comment