[84:1] Allah – Jalla wa ‘Alā – tidak
menciptakan langit ini tanpa tujuan. [21:16; 38:27] Apabila langit yang
dahulunya adalah makhluk hebat [40:57] yang ditinggikan sebagai atap
yang terpelihara kukuh, [21:32] tanpa tiang yang dapat dilihat, [31:10]
tanpa sebarang kecacatan, [50:6] terpelihara daripada menimpa bumi,
[22:65] tiba-tiba telah terbelah, pecah-pecah mengeluarkan kabut putih
[25:25] dan bertukar menjadi merah mawar bagaikan kilauan minyak.
[55:37] Ketika itu langit benar-benar bergoncang. [52:9] Ketika itu ia
reput dan runtuh, [69:16] menjadi cair bagaikan luluhan perak. [70:8]
Lalu digulung bagaikan gulungan kertas. [21:104]
[84:2]
Dan patuh kepada perintah Tuhannya yang telah menetapkan ajalnya
[7:185; 13:2; 30:8] dan sudah semestinya ia patuh. Justeru langit sejak
permulaan penciptaannya lagi sentiasa akur dan tunduk patuh pada
perintah Allah ke atasnya. [41:11]
soalan spatutnya mcmni Cikgu,
seseorang
yg telah tahu mangsa telah difitnah ttp mngambil sikap tidak mahu
berkata benar dan membiarkn si mangsa menjadi seorang yg bersalah disisi
masyarakat."Ini adalah tuduhan yg melampau." (24:1
Buka
Surah al-Nur ayat 12. Ayat ini mengajar kita spy tdk termakan fitnah
dgn menolaknya, jika tiada bukti yg meyakinkan "Ini adalah kebohongan yg
nyata."
Jika ia mendengar orgramai bercerita ttgnya hdklah ia menyuruh mrk tukar topik dan menolaknya dgn membritahu 21:46
1:7 Tadabbur Bahagian 1
[Iaitu]
jalan orang-orang yang Engkau limpahkan nikmat ke atas mereka dari
kalangan para nabi, siddiqin, shuhada' dan salihin. [4:69] Jalan para
nabi adalah jalan yang sentiasa mengajak manusia mentawhidkan Allah dan
mengingkari perbuatan syirik. [4:36] Para nabi tidak bercakap menurut
hawa nafsunya tetapi berpandukan wahyu yang diwahyukan kepadanya. [53:3]
Para nabi sentiasa istiqamah dan sabar melaksanakan amanah yang
diperintah Allah walaupun terpaksa menempuh ujian yang berat. [46:35]
Justeru itu sesiapa yang hendak mengikut jalan Nabi - sallalLahu 'alayhi
wa sallam - hendaklah memberi tumpuan kepada usaha belajar al-Qur'an,
memahaminya, mengamalkannya, mengajarnya, menyebarkannya dan bersabar
menempuh jalannya sehingga kembali menemui Allah. [15:99]
[87:2]
Dia yang telah mencipta manusia dan menyempurnakan kejadiannya. Dia
keluarkan manusia dari perut ibunya dalam keadaan tidak mngetahui
apa-apa, lalu Dia jadikan pendengaran, penglihatan dan akal. [16:78] Dia
sempurnakan kehidupan manusia dengan manjadikannya berpasangan supaya
beroleh kehidupan yang penuh ketenangan, kasih sayang dan belas kasihan.
[30:21] Maka menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang yang bersyukur
dan bijak berfikir dengan memelihara diri dan keluarga dari api neraka
[66:6] dengan menjadikan al-Qur'an sebagai panduan hidup yang dapat
membebaskannya daripada zulumat kepada nur [14:1] supaya ia berupaya
menjadi pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. [25:74]
[87:3]
[Iaitu] Dia yang telah menetapkan setiap sesuatu itu menurut takdirnya.
[54:49] Iman dan takwa telah Allah tetapkan sebagai takdir bagi
mengundang limpahan barakah dari langit dan bumi. [7:96] Usaha menolong
agama Allah telah Allah tetapkan sebagai takdir mengundang
pertolongan-Nya dan jalan beroleh keteguhan di atas muka bumi. [47:7]
Bahkan perjalanan matahari, bulan dan bintang semuanya menurut takdir
dan petunjuk daripada-Nya. [6:96] Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang tidak membiarkan manusia teraba-raba memahami takdirnya, lalu
Dia membimbingnya dengan menurunkan al-Qur’an [14:1] dan mengutus Nabi –
ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dengan menunjukkan contoh teladan bagi
membebaskan manusia daripada ẓulumāt kepada nūr. [65:11] Terpulang
kepada manusia untuk memilih, jalan syukur atau kufur. [76:3]
[87:4]
Dia yang telah menumbuhkan rumput-rumputan untuk kesenangan kamu dan
binatang ternak kamu. [80:31-32] Kamu akan merasa puas hati dengan
pandangan yang menarik ketika melihat binatang ternakmu pulang ke
kandang kekenyangan dan ketika melepaskannya ke tempat pengembalaan
dengan rumput-rumpunya yang segar menanti untuk diragut. [16:6]
Bersyukurlah kamu atas segala nikmat kurniaan Allah, dirikanlah salat
dan lakukanlah ibadat korban kerana Allah dengan menyembelih binatang
ternakmu [108:2] dan keluarkanlah zakat apabila cukup hawl dan nisabnya.
[87:5]
Lalu Dia jadikan rumput yang menghijau itu kering kehitam-hitaman
apabila tiba musim kemarau. Allah Maha Belas Kasihan kepada
makhluk-makhluknya, lalu Dia halau awan yang mengandungi air itu ke bumi
yang tandus, lalu dengan air hujan itu Dia suburkan tanam-tanaman untuk
makanan manusia dan binatang ternaknya. [32:27] Bersyukurlah kepada
Allah dengan nikmat-Nya yang melimpah ruah itu. [16:18]
[87:6]
Kami akan membacakan al-Qur’an kepadamu, maka kamu tidak akan lupa.
Bagaimana caranya? Apabila Jibrīl membacakan al-Qur’an kepadamu,
janganlah kamu gerak-gerakkan lidahmu kerana gopoh hendak menguasainya.
Tanggungjawab Kami untuk mengumpulkannya ke dalam dadamu dan membolehkan
kamu pandai membacanya. Apabila Jibrīl sudah selesai membacanya,
barulah kamu ikuti bacaannya. Tanggungjawab Kami untuk memberikan
penjelasan kepadamu. [75:16-19] Ingatlah bahawa alat makrifah yang mula
berfungsi dalam penerokaan mencari ilmu ini ialah pendengaran.
Gunakanlah telinga sebaik-baiknya dengan teliti mendengar ketika majlis
ilmu [7:204] dan jangan timbulkan suasana hiruk pikuk di dalamnya.
[41:26]
[87:7]
Kecuali Allah menghendaki. Tidak Kami mansuhkan akan suatu ayat atau
Kami melupakan akannya, maka Kami datangkan sesuatu yang lebih baik
daripadanya atau yang sebanding dengannya. [2:106] Apabila Kami gantikan
suatu ayat di tempat ayat yang lain, sudah tentu Allah yang lebih
mengetahui tentang apa yang Dia turunkan. Golongan yang ingkar itu
menuduh yang engkau mengada-adakannya, tetapi kebanyakan daripada mereka
tidak mengetahui. [16:101] Janganlah tohmahan mereka itu menyedihkanmu.
Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang
mereka nyatakan. [36:76] Justeru sebahagian orang ada yang mengaku
beriman dilidahnya, tetapi tidak sampai ke dalam hatinya. [5:41]
Ayat
al-Qur'an ini tidak boleh sewenang-wenangnya ditukar makna daripada
maksud yang hendak Allah beritahu. Jika ada makna "pening" ini dikaitkan
sebagai penawar utk pening. Jika ada makna "penglihatan tajam" ini
dikaitkan utk memelihara mata spy terang. Jika ada makna "tidak lupa"ini
dikaitkan sebagai penawar bagi mengelak nyanyuk. Ini semua adalah
perbuatan mengolok-olok ayat Allah. Justeru ia dilakukan tanpa sandaran
shar'iy. Ingatlah peringatan Allah [86:13-17]
Doa
yang paling afdal diamalkan ialah doa yang diamalkan oleh para nabi dan
orang-orang yang salih yang diceritakan di dalam al-Qur'an dan
hadith-hadith yang sahih. Justeru kesemua doa yang terdapat di dalam
al-Qur'an dan Hadith yang sahih adalah jawami' al-kalim, iaitu kata-kata
yang ringkas, tepat, padat dan meliputi kepentingan dunia dan akhirat.
Kembalilah kepada al-Qur'an dan al-Sunnah dgn sebenar2nya. Hayatilah
pesanan Nabi - sallalLahu 'alayhi wa sallam: خير الحديث كتاب الله وخير
الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم - Sebaik-baik bicara ialah KitabulLah -
'Azza wa Jalla - dan sebaik2 petunjuk ialah petunjuk Nabi - sallalLahu
'alayhi wa sallam. Berhijrahlah.
[87:8]
Dan Kami sentiasa permudahkan engkau kepada yang mudah. Allah
permudahkan Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dalam segala
urusannya. Bukankah baginda dalam keadaan yatim piatu, lalu Allah
berikan perlindungan. [93:6] Bukankah baginda dalam keadaan kebingungan
menghadapi masyarakatnya yang ummīy, lalu Allah kurniakan hidayah.
[93:7] Bukankah baginda dalam keadaan miskin, lalu Allah limpahkannya
dengan kekayaan, [93:8] iaitu isteri yang salihah, sahabat yang setia
[48:29] dan amalan salih yang tidak putus-putus pahalanya. [68:3]
Seterusnya Allah permudahkan dengan memudahkan baginda mengumpulkan
al-Qur’an ke dalam dada [75:17] dan memahaminya. [75:19] Allah
permudahkan usaha baginda mengajak umat kepada Islam kerana baginda
membawa agama yang mudah. [22:78] Buat kaum Muslimin juga mereka sedang
berada di atas jalan yang mudah dengan al-Qur’an [54:17, 22, 32, 40]
yang lengkap perinciannya [41:3] dan mudah difahami dan dihayati dengan
mentadabbur ayat-ayatnya. [38:29] Manakala dari segi perlaksanaannya
contoh teladannya sudah tersedia, iaitu dengan mengikut jejak Nabi –
sallalLahu ‘alayhi wa sallam [33:21] dan generasi tiga kurun yang
terbaik. Pelajarilah al-Qur’an dan amalkannya sebagaimana yang baginda
tunjukkan, in sha’alLah jalan ke syurga itu dipermudahkan Allah. Sedikit
kesabaran mengharungi karenah hidup pada hakikatnya adalah jalan bagi
menempah tempat istirehat yang sebenar-benarnya. [18:31]
اللهم يسر لنا اليسرى، وجنبنا العسرى، واغفر لنا في الآخرة والأولى.
[87:9]
Maka berilah peringatan kerana peringatan itu berguna kepada
orang-orang yang beriman. [51:55] Isi peringatan itu ialah segala
perintah Allah dan larangan-Nya, janji dan ancaman-Nya yang diterangkan
di dalam al-Qur’an. [50:45] Hanya golongan munafik dan orang yang
hatinya berpenyakit sahaja tidak sukakan tazkirah. Bahkan mendengar
lafaz tazkirah sahaja mereka sudah terkejut bagikan keldai liar yang
bertempiaran lari kerana takutkan singa. [74:49-51] Apabila di ajak
bertakwa kepada Allah, maka bangkitlah kesombongan dalam diri mereka
menyebabkan mereka berbuat dosa. [2:206] Apabila diperingatkan dengan
ayat-ayat Allah mereka tidak menerimanya. Apabila ditunjukkan jalan yang
betul mereka menolaknya. Apabila diajak ke jalan yang menyeleweng,
mereka bersegera menyahutnya. [7:146] Justeru mereka itu adalah kaum
yang tidak beriman kepada Hari Akhirat. [39:45]
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَأَلْهِمْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَأَلْهِمْنَا اجْتِنَابَهُ.
[87:10]
Al-Qur’an ini disebut Allah sebagah ahsan al-hadith. Tiada yang dapat
mengambil manfaat daripadanya kecuali orang yang hatinya khashyah kepada
Allah, [39:23] iaitu orang-orang yang apabila mendengar ayat-ayat
Allah, ia tidak berlalu pergi bagaikan orang-orang yang pekak dan buta,
[25:73] tetapi gementar hatinya, bertambah imannya dan bertawakkal
kepada-Nya, [8:2] lalu bersegera melaksanakan perintah-Nya. [3:133]
Lantaran itu seluruh denyut nadinya, akal fikirannya dan anggota
tubuhnya sentiasa dihimbau dan digerak dengan semangat berhijrah dan
berjihad, berjuang dan berkorban demi meninggikan kalimah-Nya dan
membangunkan agama-Nya, [48:28] meneruskan kesinambungan perjuangan
Rasulullah – sallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dan para sahabat baginda,
Muhajirin dan Ansar serta golongan yang mengikut mereka dengan baik
hingga ke Hari Kiamat. [9:100]
اللَّهُمَّ
اجْعَلْنِي مِنْ أَحْبَابِكَ، فَإنَّكَ إذَا أَحْبَبْتَ عَبْداً غَفَرْتَ
ذَنْبَهُ وَإنْ كَانَ عَظِيماً، وَقَبِلْتَ عَمَلَهُ وَإنْ كَانَ يَسِيراً.
[87:11]
Orang yang celaka itu akan menjauhi al-Qur’an ini. Setiap kali Nabi –
sallalLahu ‘alayhi wa sallam – menyampaikannya mereka
mempermain-mainkannya. [21:2] Pelbagai tohmahan mereka lemparkan – sesat
dan menyeleweng, [53:2] tukang sihir, [74:24] orang gila, [44:14]
tukang tenung, [52:29] dan penyair [52:30] serta pelbagai persendaan
lain lagi. [17:90-93] Ingatlah, golongan yang mengingkari al-Qur’an dan
tidak mempedulikannya ketika di dunia ini akan ditimpa istidraj.
[68:44-45] Harta benda yang mereka kumpulkan dan anak pinak yang mereka
banggakan akan menjadi penyebab kepada terseksanya mereka dalam
kehidupan dunia ini dan Allah akan pastikan yang nyawa mereka dicabut
dalam keadaan mereka adalah ingkar kepada-Nya. [9:55] Kalaulah begini
kesudahannya, apalah untungnya dunia yang mereka puja itu?
اللَّهُمَّ اجْعَلِ القُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوبِنَا، وَجَلاءَ هُمُومِنَا وَغُمُومِنَا، وَنُورَ أَبْصَارِنَا.
[87:12]
[Iaitu] orang yang akan memasuki api neraka yang besar. Golongan yang
mendustakan ayat-ayat Allah dan menyombongkan diri terhadapnya tidak
akan dibukakan bagi mereka pintu langit - doa mereka tidak dimakbulkan
dan amalan mereka tidak akan diangkat - dan mereka tidak akan dapat
memasuki syurga sehinggalah unta dapat memasuki lubang jarum. [7:40]
Balasan buat mereka adalah neraka yang penuh azab. [18:102] Suasana
tempatnya dalam keadaan kepanasan, tidak sejuk dan tidak pula
menyenangkan, [56:44] angin di dalamnya amat panas dan dipenuhi gumpalan
asap yang hitam, [56:42-43] di atasnya lapisan api dan di bawahnya
lapisan api, [39:16] tikar dan selimutnya daripada api, [7:41]
diguntingkan pakaiannya daripada api, [22:19] disirami air mendidih yang
kepanasannya boleh menghancurkan usus dan kulit. [22:19-20] Kulit yang
hangus itu digantikan dengan kulit yang baru supaya mereka berterusan
merasai seksaan[4:56] Lantaran seksaan yang tidak terperi peritnya,
mereka cuba lari daripadanya. Cubaan mereka itu sia-sia dan mereka
dikembalikan semula dengan menanggung seksaan yang keras. Lalu dikatakan
kepada mereka: "Rasailah sekarang seksaan yang membakar ini." [22:22]
Disumbatkan ke dalam perut mreka buah yang berduri [88:6] daripada pohon
Zaqqum [56:52] yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat
menghilangkan lapar. [88:7] Pohon Zaqqum ini tumbuhnya dari kerak
neraka, [37:64] mayangnya bagaikan kepala syaitan. [37:65] Setelah
menelan buah Zaqqum yang panas itu, mereka diberi minum air yang
mendidih. [56:54] Lantaran dahaganya mereka minum air panas itu bagaikan
unta yang kehausan [56:55] sehingga hangus mukanya [18:29] dan terputus
ususnya. [47:15] Selain itu mereka diberi minum air nanah penghuni
neraka. [14:16-17] Alangkah ngerinya azab neraka yang menanti.
Bertawbatlah sebelum terlambat.
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَفِتْنَةِ النَّارِ
[87:13]
Keadaan penghuni neraka itu diibaratkan Allah tidak hidup dan tidak
mati, tidak hidup kerana tidak pernah merasai nikmat dan an tidak mati
kerana sentiasa menanggung azab. Padahal ketika di dunia dahulu mereka
adalah golongan yang hidup mewah. [56:45-46] Justeru itu neraka bukanlah
tempat rehat yang patut dipilih kerana ia adalah tempat rehat yang
seburuk-buruknya. [18:29] Fikir-fikirkanlah.
[87:14]
Pasti beroleh kejayaan orang yang membersihkan jiwanya dengan
membebaskannya daripada ẓulumāt kepada nūr, [14:1] iaitu daripada
ẓulumāt syirik kepada nūr tawhid, daripada ẓulumāt bid‘ah kepada nūr
sunnah, daripada ẓulumāt jahiliah kepada nūr hidayah, daripada ẓulumāt
buta kepada nūr baṣīrah, daripada ẓulumāt hasad kepada nur ukhuwwah,
daripada ẓulumāt perpecahan kepada nur kesatuan. Bagaimanakah cara untuk
membersihkan jiwa? Caranya ialah jadikan al-Qur’an ini sebagai
perlembagaan hidup, [42:52] iaitu dengan: (1) Mempelajari al-Qur’an. (2)
Memahami isi kandungannya. (3) Menghayatinya dalam kehidupan seharian.
(4) Mengajar orang lain, khususnya ahli keluarga. (5) Menyebarkannya ke
tengah masyarakat, dan (6) Bersabar menghadapi segala ujian dan cobaan
kerananya. Apabila kefahaman al-Qur’an yang mengajak manusia kasihkan
Allah, mengharapkan rahmat-Nya dan takutkan azab-Nya serta roh mencintai
akhirat sudah meresap ke dalam jiwa, maka usaha ke arah perubahan mudah
dilakukan [13:11] kerana didokong jiwa yang berani [5:44] dan sanggup
berkorban. [47:38]
اللَّهُمَّ
اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ القُرْآنِ، وَارْزُقْنَا حُبَّ القُرْآنِ،
وَارْزُقْنَا فهم القرآن، وَارْزُقْنَا نُورَ القرآن، وَارْزُقْنَا
بَرَكَةَ القُرْآنِ، وَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا بِالقُرْآنِ، وَبَارِكْ فِي
أَرْزَاقِنَا بالقُرْآنِ، وَاحْفَظْ أَعْرَاضَنَا بالقُرْآنِ، اللَّهُمَّ
اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ القُرْآنِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُكَ وَخَاصَّتُكَ
يَا رَبَّ العَالَمِينَ.
[87:15]
Dan ia menyebut-nyebut akan nama Tuhannya, iaitu bgi menyahut perintah
Allah “bacalah dengan nama Tuhanmu,” [96:1] “sebutlah nama Tuhanmu”
[73:8] dan “lakukanlah tilawah ke atas apa yang diwahyukan,” [29:45]
dengan tartil, [73:4] tadabbur, [38:29] ta‘aqqul, [12:2] tafakkur [6:50]
dan tadhakkur. [7:3] baik di dalam salat, mahupun di luar salat.
Justeru beban dakwah bagi mengembangkan al-Qur’an ini adalah berat.
[73:5] Ia menuntut kefahaman dan penghayatan, barulah ia dapat
dikerjakan dengan penuh ketekunan, [73:8] istiqamah [41:30] dan berhasil
mencegah perbuatan syirik kepada Allah dan sumbang terhadap sesama
manusia, [29:45] tidak terpedaya dengan hasutan syaitan yang terus
menerus mengajak manusia agar bersangka-sangkaan atas apa yang ia
sendiri tidak tahu. [2:169] Ingatlah bahawa prasyarat bagi kejayaan
suatu islah, taghyir dan tajdid itu ialah kefahaman al-Qur’an dan roh
salat. [7:170]
اللهم اجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه.
[87:16]
Bahkan kamu tidak mempedulikan al-Qur’an yang disampaikan oleh Nabi –
sallalLahu ‘alayhi wa sallam – [25:30] kerana lebih mengutamakan
penguasaan hal-hal yang zahir tentang kehidupan dunia, [30:7] sehingga
tergamak membelakangkan Allah dan Rasul-Nya. [49:1] Kesannya, kamu
disibukkan dengan hal-hal dunia semata-mata, sehingga melupai pertemuan
dengan Allah, merasa puashati dengan kehidupan yang sementara, yakin
terjamin masadepan dengan apa yang dimiliki dan menganggap kolot
ayat-ayat Allah untuk dijadikan pedoman dan dasar bagi pengurusan
kehidupan. [10:7] Inilah yang dinamakan istidraj. [6:44] Sedangkan Allah
menyuruh setiap Muslim merancang kehidupannya untuk kesenangan di hari
esok yang kekal abadi [59:18] dengan patuh kepada perintah-Nya di dalam
al-Qur’an [59:19] dan digerakkan seluruh aktiviti duniawi untuk mencari
kesenangan ukhrawi. [28:77] Elakkan diri daripada terpedaya mengejar
fatamorgana [24:39] kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara.
اللهم لا تجعل الدنيا أكبر همنا، ولا مبلغ علمنا.
[87:17]
Sedangkan kehidupan akhirat itu adalah lebih baik kerana ia adalah
kehidupan yang sebenar-benarnya. [29:64] Orang yang bijaksana ialah
orang yang sentiasa memperbaiki dirinya ketika di dunia dan bekerja
menyediakan bekalan untuk kehidupan selepas matinya. Justeru itu adalah
kehidupan yang lebih lebih kekal dan tempat rehat yang sebenar-benarnya
[18:29] dibalasi syurga penuh nikmat. [18:107-108] yang berada di tempat
yang tinggi, [69:22; 88:10] seluas petala langit dan bumi, [57:21] di
bawahnya mengalir sungai-sungai. [4:122]. Di dalamnya ada pelayan yang
muda dan tetap muda, membawa cerek, gelas dan piala yang berisi air
[56:18] dari sungai air tawar, susu, arak dan madu. [47:15] Minumannya
lazat, tidak mengakibatkan pening dan mabuk. [59:19] Di dalamnya ada
buah-buahan beraneka jenis, [56:32] boleh dipilih ikut kegemaran,
[56:20] tiada bermusim dan tiada dilarang menikmatinya. [56:33] Rupanya
seperti buah-buahan yang ada di dunia, [2:25] tetapi rasanya lebih sedap
berbanding yang di dunia. [93:4-5] Penghuninya duduk penuh kerehatan
saling berhadap-hadapan [56:16] di atas pelamin bertatahkan emas dan
permata [56:15] dengan memakai pakaian sutera hijau yang tebal dan nipis
dan dihiasi dengan gelang dari perak. [76:21] Di dalamnya ada bidadari
yang cantik jelita, [56:22] perawan [56:36] yang manja lagi sebaya
umurnya [56:37] yang diciptakan langsung buat penghuninya. [56:35]
Suasana kehidupan di dalamnya dipenuhi ucapan salam, [56:26] tahmid dan
tasbih, [7:43; 10:10; 35:34; 39:74-75] tiada di dalamnya kata-kata yang
sia-sia, [19:62] dosa [56:25] dan dusta. [78:35] Demikianlah secebis
gambaran syurga tempat rehat yang paling baik. [18:31] Ini semua adalah
balasan buat golongan muhsinin, [5:85] muttaqin [68:34] dan abrar
[82:13] Berusahalah semasa hidup di dunia ini dengan berjuang dan
berkorban pada jalan Allah supaya beroleh kesemua nikmat yang dijanjikan
ini. [2:214]
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة، ونعوذ بك من سخطك والنار.
No comments:
Post a Comment